berita

[VIDEO] Ameera Khan Dapat Hadiah Kereta BMW i7, Netizen Semak Harga Lebih RM700,000

September 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

LMK BMW i7

Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan warganet selepas berkongsi pemberian hadiah mewah yang diterima daripada kedua orang tuanya.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Mandi Dalam Kolam Renang, Netizen Ceramah Bab Agama

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Anak Saya Tidak Pernah Jejak Tempat Perjudian’ – Noor Kartini

Dapat hadiah kereta BMW i7

LMK

Menerusi hantaran di TikTok, Ameera, 22, menjawab pertanyaan warganet yang bertanya adakah dia baru membeli kereta mewah jenis BMW i7.

Jawab personaliti media sosial, dia tidak membeli sebaliknya Dato’ Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang menghadiahkan kenderaan pancuan empat roda itu.

Tidak. Mama dan daddy yang belikan untuk saya.

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyemak harga kereta BMW i7 yang dianggarkan lebih daripada RM700,000.

Dalam pada itu, wargamaya turut menyifatkan pemilik nama sebenar Nur Ameera Khan sangat bertuah apabila dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×