Pelakon Meerqeen enggan mengambil pusing apabila ada segelintir pihak yang melabelkan dirinya lelaki gatal atau ‘playboy’.
Artikel Berkaitan: Meerqeen Respon Dakwaan Harga Kereta Cecah RM1.79 Juta – ‘Saya Beli Bukan Untuk Puaskan Orang’
Artikel Berkaitan: Meerqeen Jawab Gosip Bercium Dengan Mimi Lana – ‘Bodohlah Saya’
Malas ambil kisah
Ketika ditemui OhBulan!, Meerqeen berkata, dia tidak mampu untuk menutup mulut netizen yang sering bercakap buruk dan membuat spekulasi tentangnya.
Jelasnya, hanya keluarga dan orang terdekat sahaja yang mengetahui baik buruk dirinya.
Netizen boleh cakap apa sahaja yang mereka mahukan, yang duduk satu rumah dengan saya adalah keluarga. Yang tahu luar dalam saya hanyalah rakan terdekat dan pihak pengurusan saya.
Kalau mereka mahu buat spekulasi sendiri, dipersilakan. Hanya orang yang kenal saya tahu saya ini macam mana.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, pada Selasa.
Sementara itu, ketika disoal mengenai gosip mengatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh Ameera Khan, aktor berusia 22 tahun itu menjawab mereka sekadar berkawan.
Kita saing (kawan). Saya dan Ameera kenal dari 2019 sebab ada penggambaran untuk sebuah jenama. Saya kenal juga dengan ibu Ameera. Kami sangat rapat.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen bakal membintangi sebuah filem bergenre komedi berjudul Klepet.
Selain Meerqeen, filem arahan Indra Putra itu turut dibintangi Nadhir Nasar Aedy Ashraf, Aeril Zafrel, Adlin Aman Ramlie, Joey Daud dan ramai lagi.