Pasangan suami isteri ditahan selepas kegiatan keji mereka mendera pembantu rumah warga Kemboja terbongkar. Pembantu rumah itu ditemui dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk ditekap dengan seterika dipercayai didera majikan.
Kesan cedera teruk
Pembantu rumah tersebut yang berusia 30-an diselamatkan pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Perpaduan, Kampung Baru. Serbuan yang dilakukan pada jam 9.30 malam itu diketuai Inspektor Mohd Airedzuan Arifin dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Mangsa ditemui dalam keadaan mengigil ketakutan selain dibiarkan tidur atas lantai. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, pasukannya bertindak menyerbu rumah tersebut sebelum memberkas pasangan suami isteri berusia 50-an dan 60-an.
Terdapat kesan melecur pada lengan, kecederaan pada muka, kesan calar pada badan, kaki serta bekas jahitan luka. Selain itu, mangsa mendakwa didera isteri majikannya dengan cara memukul, simbah air panas dan dicubit.
Tambah beliau lagi, ketika serbuan mangsa ditemui di atas lantai di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dan pemeriksaan fizikal terhadap mangsa menemui beberapa kesan kecederaan baru dan lama.
Kerja di rumah anaknya
sekadar gambar hiasan
Difahamkan, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika memandangkan ada kesan tekap pada lengan. Mengulas lanjut kes ini, polis mendapati mangsa sudah bekerja selama dua tahun sebagai pembantu rumah yang diuruskan oleh anak suspek.
Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
Pasangan suami isteri tersebut juga menjaga cucu mereka di rumah berkenaan dan sudah tidak bekerja. Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Atipsom dan 44 Atipsom 2007.
Sumber : Malaysia Gazzete