Foto: Nikita Mirzani
Selebriti sensasi Indonesia iaitu Nikita Mirzani semakin menjadi bualan hangat netizen selepas dia membuat pendedahan sering melakukan zina bersama teman lelakinya namun dalam masa yang sama, dia tidak pernah lupa menunaikan solat subuh.
Artikel Berkaitan: Pelakon Mengaku Kerap Berzina Tapi Tak Pernah Tinggal Solat Subuh- ‘Yang Berdosa Itu Saya, Yang Sedap Juga Saya’
‘Terserah, aku tak peduli’
Foto: Nikita Mirzani dan kekasih, Antonio Dedola
Baru-baru ini, Nikita sekali lagi membuat pengakuan mengejutkan apabila dia mengaku sengaja menjadi seperti perempuan ‘murahan’ demi ‘memuaskan’ teman lelakinya. Pengakuan tersebut dibuat Nikita sebagai respon terhadap kecaman netizen yang menggelarkan dirinya seorang pelacur.
Terserah, aku tak peduli. Memang aku jalang, aku melacurkan diri untuk teman lelaki aku. Kenapa? Kalau aku pelacur sekali pun, aku guna aku punya bukan mak kau.
Ujar ibu kepada tiga anak ini, dia tidak kisah dengan pandangan negatif orang ramai terhadap dirinya malah dia tidak mahu membuang tenaga dan masanya memarahi netizen kerana maksiat yang dilakukannya langsung tidak melibatkan orang lain. Tambahnya lagi, dia tiada masalah dengan perkara tersebut asalkan orang ramai tidak melibatkan anak-anaknya.
Sumber: Matamata