berita

‘Memang Gila Kalau Kejadian Itu Gimik’ – Nynaa Harizal Mengaku Konflik Ada Kait Dengan Keluarga

January 21st, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas pernah hampir bercerai disebabkan kemelut rumah tangga namun dapat diselamatkan selepas kedua-dua pihak memilih untuk berdamai.

Artikel Berkaitan: ‘Bersyukur Dapat Kembali Ke Pangkuan Suami, Hanya Ajal Boleh Memisahkan’ – Nynaa Harizal

Artikel Berkaitan: Lama Tak ‘Pekena’ Nasi Kandar, Nynaa Harizal & Suami Naik Jet Peribadi Pergi Pulau Pinang

Punca masalah keluarga

Menurut Nynaa, dia mengakui konflik besar sebelum ini ada membabitkan keluarganya. Namun kata pelakon berumur 26 tahun, hubungan dia dan keluarga dalam keadaan okey cuma masih perlukan masa untuk pulih semuanya.

Susah sebenarnya nak cakap, tapi keadaan kami berdua sekarang baik-baik saja. Betul ada masalah keluarga. Saya masih berhubung dengan keluarga tapi isu itu masih ada kesannya.

Apapun, saya rasa akhirnya semuanya akan okay. Keluarga pun lama-lama akan baik juga. Saya doa sangat everything will be back to normal.

Tambah pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal, kontroversi ini sama sekali tidak menjejaskan karier lakonannya namun katanya dia sendiri memilih untuk berehat seketika.

Buat masa sekarang rasanya isu rumah tangga kami tidak memberi kesan kerana saya masih dapat tawaran berlakon. Cuma saya tolak dahulu sebab mahu rehat dan menikmati kehidupan.

Memang gila ada fikir sekadar gimik

Dalam pada itu, Fahmi menekankan biarpun keluarga penting dalam satu hubungan namun mereka perlu ada batasan.

Memang suami menjadi keutamaan untuk isteri, keluarga pun penting. Tapi keluarga kenalah tahu batasan, baik keluarga saya mahupun keluarga Nynaa.

Kita manusia biasa, sebagai suami isteri pula, kita ada matlamat dalam hidup. Jadi, kita tak boleh ikut haluan orang lain.

Kita bukan robot ataupun mesin yang ditekan-tekan butang kemudian berjalan. apapun kena faham tentang batasan.

Menjawab dakwaan yang kononnya konflik ini sekadar gimik, Fahmi menegaskan tidak waras untuk melibatkan hal peribadi semata untuk mendapatkan perhatian.

Kalau kejadian itu gimik, macam-macam lagi cara lain yang saya boleh lakukan. Tapi bila melibatkan hal peribadi, ia memang gila hinggakan saya tak berharap perkara sama berlaku kepada musuh saya.

Terdahulu, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama.

Nynaa kemudiannya bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Bagaimanapun, pada 11 November, Nynaa dan Fahmi mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

SKIP THIS AD ×