berita

‘Bersyukur Dapat Kembali Ke Pangkuan Suami, Hanya Ajal Boleh Memisahkan’ – Nynaa Harizal

December 2nd, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Selepas sebulan, akhirnya ‘drama bollywood’ berakhir apabila pelakon Nynaa Harizal dan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, sepakat untuk berbaik semula.

Artikel Berkaitan: Selepas Bapa & Suami Hadir Ke Mahkamah, Nynaa Harizal Kongsi Foto Keluarga Beserta Hashtag ‘Mydadmyhero’

Artikel Berkaitan: Macam Puteri Gunung Ledang! Nynaa Harizal Letak Tujuh Syarat Pelik, Suami Akui Ada Isu Dengan Ibu Mentua

Artikel Berkaitan: Setuju Untuk Berdamai, Nynaa Harizal & Suami Dah Berbaik Semula

Allah makbulkan doa

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali ke pangkuan suami selepas berlaku pergolakan rumah tangga.

Kata pelakon berumur 25 tahun, Fahmi sangat bermakna dalam kehidupannya dan hanya ajal yang dapat memisahkan mereka.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya sepatutnya berada. Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bermakna awak kepada saya. Saya sayang awak sangat suami. Sehingga mati memisahkan kami.

Dalam hantaran tersebut, pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal memuat naik foto bersama suami ketika majlis pernikahan mereka.

Semoga jodoh kekal sampai syurga

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tumpang gembira melihat Nynaa dan Fahmi kembali bahagia.

Selain itu, ada pengguna media sosial yang kagum dengan kesabaran Fahmi mengawal situasi tegang dan menyifatkan pelakon drama Kekasih Paksa Rela bertuah dikurniakan suami yang matang.

Terdahulu, suami Nynaa mendakwa isterinya ‘diculik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim pada tengah malam Isnin (2 November).

Lebih mengejutkan lagi, Fahmi, 29, mendakwa bapa mentuanya mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika menghalangnya untuk mengambil pelakon terbabit.

Bagaimanapun, bapa Nynaa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam dan memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlangnya selama 25 tahun dengan TUDM untuk mengurangkan jumlah ikat jamin pada 11 November.

Hari yang sama, suami Nynaa memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan kemudian mahkamah menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Manakala, Nynaa memfailkan permohonan cerai kepada suaminya pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor.

Untuk makluman, permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Sumber: Instagram @nynaaharizal___

SKIP THIS AD ×