berita

‘Memang Kekok, Stress, Menitis Air Mata Beberapa Kali’ – Syifa Melvin Akui Kehidupan Berubah Selepas Bergelar Ibu

November 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Syifa Melvin

Usahawan dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin akui berlaku perubahan yang ketara dalam hidupnya selepas bergelar seorang ibu.

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Tak ‘Prepared’ Bersalin Awal, Sempat Pergi ‘Dating’ Dengan Suami Sehari Sebelum Lahirkan Saif Sulaiman

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Saif Sulaiman

‘Kekok, stress, mengalir air mata’

Syifa Melvin

Menerusi perkongsian di Instagram, Syifa berkata dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman.

Menurut Syifa, dia pada awalnya berasa sangat kekok dan tertekan sehingga menangis ketika menguruskan bayinya.

Perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang kekok dan stress, menitik air mata berapa kali, badan penat, tidur memang tak kenal dah.

Tapi lama kelamaan, dah dapat rentak, jadi enjoy being a parents ni. Bila tengok anak pun timbul perasaan happy tu.

Dalam perkongsian sama, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid itu turut mendoakan wanita di luar sana yang masih menanti kehadiran cahaya mata.

Saya doakan yang masih menanti (zuriat), penantian tu bakal berakhir tak lama lagi.

Rahim korang akan dihuni oleh malaikat kecil yg akan membawa 1001 kebahagiaan buat korang, Amin.

Dalam pada itu, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya.

Doakan Saif Sulaiman sihat sejahtera, jauh dari anasir jahat dan jadi baby yang bijak okay, Amin.

Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Syifa selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Saif Sulaiman, pada 30 September lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×