berita

Syifa Melvin Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Saif Sulaiman

September 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pempengaruh Syifa Melvin, selamat melahirkan cahaya mata pertama, petang tadi. Tahniah!

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Jangka Bersalin Lebih Awal – ‘Sekarang 36 Minggu, Perut Dah Jatuh’

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ -‘Rezeki Yang Cukup Indah, Doakan Kami’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Saif Sulaiman

Berita tersebut dikongsikan suaminya, Safawi Rasid di Instagram. Menurut Safawi, isterinya selamat bersalin pada pukul 5.28 petang di sebuah hospital swasta.

Tambah Safawi, mereka sepakat memberi nama Saif Sulaiman.

MashaAllah Tabarakallah, Saif Sulaiman Bin Muhammad Safawi.

Sementara itu, Syifa menerusi Instagram Story miliknya pula menzahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang… Saif Sulaiman.

Terdahulu, Safawi memuat naik foto memakai pelitup muka dipercayai sedang berada di hospital dipercayai sedang menanti kelahiran anak mereka.

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Safawi dan Syifa.

Sumber: Safawi Rasid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×