berita

Syifa Melvin Tak ‘Prepared’ Bersalin Awal, Sempat Pergi ‘Dating’ Dengan Suami Sehari Sebelum Lahirkan Saif Sulaiman

October 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Syifa Melvin Safawi Rasid

Usahawan dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata sulung iaitu Saif Sulaiman, pada 30 September lalu.

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Saif Sulaiman

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Jangka Bersalin Lebih Awal – ‘Sekarang 36 Minggu, Perut Dah Jatuh’

‘Tak prepared’

Syifa Melvin Safawi Rasid

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syifa berkata dia tidak menyangka bakal melahirkan bayinya lebih awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya.

Tak langsung prepared, tak sangka keluar rumah malam tu jadi malam terakhir keluar berdua dengan suami. Ada leaking pukul 2 petang, tunggu sampai maghrib tengok masih ada.

Rasa pelik dah, ajak suami pergi hospital, bila pergi memang tak kembali haha. Masa tu baru 36 minggu 6 hari. Saif keluar tepat 37 minggu dengan berat 2.61 kilogram. Alhamdulillah untuk semuanya.

Dalam masa sama, isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid itu turut memberitahu dia mula mengalami kontrasi palsu tiga hari sebelum melahirkan anaknya.

Sebenarnya 27 hari bulan dah mula rasa mengeras yang ada satu waktu itu berpeluh. Tapi kita ingat braxton hicks layan saja la smpai la 29 hari bulan, baru pergi hospital.

Memang sakit dua-dua la. contraction rasa, sakit luka czer rasa. Contraction habis tinggi 100, Syifa tahan lagi tapi sakit kuat walau on Pitoxin drip.

Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×