Aktres terkenal, Tiz Zaqyah telah mencetuskan kemarahan peminat kumpulan K-pop popular, BTS apabila meninggalkan komen di salah satu posting di laman Twitter. Hanya menggunakan perkataan ‘kids’, Tiz terus dikecam menerusi ruangan komen.
Lirik macam budak
Melalui satu posting seorang pengguna Twitter, dia melabel lirik lagu kumpulan itu seperti kebudak-budakan dan sesuai untuk budak darjah 3. Tweet itu mendapat respon Tiz yang bersetuju lagu tersebut memang dihasilkan untuk kanak-kanak.
memang song for kids kan?
Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kemarahan peminat kumpulan BTS yang lantas ‘bersatu’ mengecam pelakon itu. Perdebatan juga berlaku di antara Tiz dan BTS army di ruangan komen sehingga ada yang menyatakan Tiz bukanlah artis popular jika dibandingkan dengan BTS.
Tampil mohon maaf
Tiz Zaqyah pada mulanya membalas balik kenyataan yang dikeluarkan oleh army dengan menyatakan dia mengharapkan permohonan maaf tetapi kenyataan itu juga dijadikan perdebatan antara mereka. Ada juga yang menyatakan Tiz sudah ‘sendu’ dan sengaja menggunakan BTS untuk mendapatkan perhatian dan sekaligus menaikkan kembali namanya.
Walaubagaimanpun, melalui ruangan IG Story, Tiz Zaqyah tampil memohon maaf kepada BTS army dan tidak mahu ada lagi perbalahan antara mereka. Dia juga berasa marah dengan mereka yang bersikap kurang ajar ketika membalas komen.
Sumber : Effi Saharudin , Tiz Zaqyah