
Anggota kumpulan kpop terkenal, V BTS mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya sedang menjalani rawatan bagi masalah pendengaran yang dialami pada telinga kanan sejak lebih dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Jennie Blackpink, V BTS Putus Cinta?
Artikel Berkaitan: Berat V BTS Naik 10kg Lepas Masuk Tentera, Peminat Kata Makin Sado..Handsome!
Pekak hampir dua tahun setengah

Memetik laporan Allkpop, pendedahan tersebut dibuat ketika penyanyi berusia 30 tahun itu mengadakan siaran langsung bersama anggota BTS, Jungkook menerusi platform Weverse.
Menerusi siaran langsung tersebut, V atau nama sebenarnya Kim Tae Hyung memaklumkan masalah pendengaran itu dialaminya selama dua setengah tahun sehingga menyebabkan tahap pendengaran telinga kanan dan kirinya berbeza.
Tahap pendengaran telinga kiri berada pada sekitar 100 peratus manakala telinga kanan hanya mampu mendengar kira-kira 30 peratus.
Dalam pada itu, V turut menjelaskan dirinya sedang mendapatkan rawatan serta menjalani pemeriksaan di hospital secara berkala.
Difahamkan, masalah tersebut menjadi semakin teruk ketika dirinya menjalani latihan ketenteraan sebelum ini.
Bagaimanapun, pelantun lagu Love Me Again itu kini memberi perhatian terhadap kesihatannya dan memastikan rawatan diteruskan.
Pendedahan tersebut nyata mengundang kebimbangan dalam kalangan ARMY yang tidak menyangka V telah lama berdepan masalah pendengaran ketika masih aktif menjalani pelbagai aktiviti bersama BTS.
Meskipun berdepan cabaran kesihatan, V tetap meneruskan komitmennya bersama BTS untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat di seluruh dunia.
Sumber: Allkpop







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
