Pelakon, Soffi Jikan mengakui dirinya seorang yang sangat nakal sejak kecil sehingga sering terlibat dalam pergaduhan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bront Palarae, Yusof Haslam & A.Galak, Antara Rakan Artis Lawat Soffi Jikan Di Hospital

Artikel Berkaitan: Soffi Jikan Perlu Dirawat Lanjut, Jangkitan Kuman Kencing Tikus Merebak Ke Jantung

Bertumbuk setiap hari

Menerusi sebuah podcast bersama Makan Dalam, pemilik nama Mohammad Shoffi Jikan, 55, mendedahkan kehidupannya ketika zaman remaja cukup mencabar apabila pernah berdepan pergaduhan yang membabitkan penggunaan parang, kapak dan kayu besi.

Dari kecil memang naturally jahat.

Saya bukan jahat kriminal lah kan, saya ini sangat nakal lah.

Maksudnya kalau kejahatan mengganggu emosi tu memang betul sebab saya dari kecil saya memang lahir-lahir terajang orang, ajak bergaduh je, ‘Kau tiga orang, aku tiga orang, jom kita lawan’.

Kalau saya pergi mana-mana rumah pun akan ada dengar suara tangisan kanak-kanak.

Siapalah dalam rumah tu, ya saya memang bergaduh je.

Saya bertumbuk setiap hari dalam hidup saya.

Daripada kecil sampai sekolah menengah.

Saya kalau berentap pakai parang, kapak, kayu, dan besi itu saya dah lalu.

Nasib baik lah saya tak main L (pistol).

Saya ingat kalau main L (pistol), saya pun dah jalan.

Saya pun sedar diri.

Dunia seni jadi titik perubahan

Dalam pada itu, aktor filem ‘KL Gangster’ menyifatkan dunia seni sebagai titik perubahan dalam hidupnya apabila membuka peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Alhamdulillah, sebenarnya dunia seni menyelamatkan saya.

Bercerita lanjut, Soffi berkongsi sebelum bergelar pelakon, dia pernah bekerja di sebuah syarikat perobohan bangunan.

Ujarnya lagi, pekerjaan tersebut amat mencabar dan berisiko tinggi sehingga dia pernah menyaksikan kemalangan yang meragut nyawa di tempat kerja.

Saya punya kehidupan sangatlah mencabar dan sangatlah keras.

Kerja saya dulu pecah bangunan.

Saya memang bekerja di company yang paling besar untuk pecah bangunan ataupun orang kata clearance lah.

So kita pecah-pecah bangunan, kita kerja mati-mati punya.

Budak-budak jatuh bangunan mati, meninggal lah.

Kita nak pergi kerja macam nak mati pun boleh, tak ada hal punya.

Namun, kehidupannya mula berubah selepas menyertai Akademi Filem Malaysia pada tahun 1995.

Bila masuk dunia seni lah, filem saya start tahun 1995, saya masuk Akademi Filem Malaysia.

Sumber: Instagram