berita

‘Memang Mesra Dekat Luar, Tapi Tak Pernah Bersentuhan’ – Adik Nadzmi Adhwa Respon Isu Sarung Cincin

September 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Walaupun sudah beberapa hari diijabkabulkan, majlis pernikahan pelakon Nadzmi Adhwa bersama teman baiknya Ardell Aryana masih menjadi bualan netizen. Mana taknya, video rakaman yang menunjukkan Ardell sedang menggigil ketika hendak disarungkan cincin telah viral dan hangat dibincangkan di laman sosial.

Menerusi Instagram adik kepada Nadzmi iaitu Nadzim Adzham, dia memberikan respon mengenai kritikan negatif netizen. Menurutnya, selaku individu yang sangat mengenali kedua-dua selebriti itu, mereka berdua sangatlah menjaga batas pergaulan sepanjang perkenalan dan babak yang viral di media sosial itu berlaku tanpa dirancang.

Janganlah terlampau mengecam

Menurut Nadzim, abang dan kakak iparnya itu sangat menjaga batas pergaulan mereka sepanjang perkenalan. Tambahnya, dia tidak pernah melihat mereka bersentuhan, walaupun mereka seringkali memuat naik video bersama. Dia juga menegaskan bahawa walaupun mereka merupakan pelakon, tapi semua yang dirakamkan bukan lakonan. Oleh itu, dia memohon supaya netizen tidak terlalu mengecam mengenai video sarung cincin berkenaan.

Aku tahu itu bukan lakonan

Selepas mendengar penjelasan yang dilakukan oleh Nadzim, rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan yang diberikan. Mereka turut memohon supaya individu yang kecam itu mengubah mentaliti dan tidak memperbesarkan perkara yang kecil sebegini.

Sumber: Nadzim Adzham & Nadzmin Adam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×