Susulan daripada kata-kata hinaan yang dilontarkan seorang personaliti media sosial dan pengasas produk terhadap seorang wanita telah mengundang kecaman ramai. Individu wanita yang dikenali sebagai Suharnizan Sidek bagaimanapun telah membuat laporan polis berhubung ‘body shaming’ melampau yang dibuat pengasas produk tersebut.
Artikel berkaitan: Gara-Gara ‘Body Shaming’ Melampau, Pengasas Produk Bakal Disaman
Terbaru, memetik laporan Harian Metro, peguam bagi pihak Suharnizan Sidek iaitu Rasheed Hassan menyifatkan kata-kata melampau pengasas produk itu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Perlu berfikir sebelum berkata
Walaupun pengasas produk berkenaan telahpun tampil memohon maaf secara terbuka, namun, tindakannya sebelum ini boleh didakwa mengikut undang-undang. Peguam Rasheed Hassan menyifatkan situasi itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua untuk lebih berhati-hati ketika bercakap di media sosial.
Perkara ini perlu dijadikan pengajaran terutama kepada sesiapa saja di media sosial yang melakukannya. Jangan selamba cakap, perlu berfikir dulu sebelum mengatakan sesuatu di laman sosial sebab undang-undang itu ada. Perkara ini memberi kesan kepada mangsa. Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit. Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.
Tindakan sewajarnya akan diambil
Pada masa yang sama, peguam Rasheed Hassan turut meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau ‘make an offer’ untuk kita selesaikan luar mahkamah. Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah. Terdapat juga akaun FB palsu yang tiada authorized dari pihak Suharniza. Saya takut ada orang mengaut keuntungan atas kesedihan anak guam saya.
Sumber: Harian Metro