berita

Memang Selalu ‘Mengacau’, Individu Rakam Kelibat Misteri Pusing Kepala 360 Darjah Buka Cerita

August 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebentar tadi, kami kongsikan pengalaman seorang lelaki berdepan dengan makhluk halus yang menakutkan. Video rakaman lebih kurang seminit itu berjaya menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya terkejut dengan penampakan satu lembaga yang berpusing 360 darjah.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Sekali ‘Dia’ Pusing Kepala 360 Darjah….Sebijik Macam Dalam Movie!

Kali ini kami sempat temuramah individu tersebut yang lebih senang dipanggil Abang Man mengenai kejadian seram itu. Menurutnya perkara itu bukanlah pertama kali berlaku, namun kali ini sempat dirakam olehnya.

Rasa macam sejuk semacam

Lokasi kejadian kelibat hantu

Masa tu tengah rehat-rehat di ruang garaj rumah saya bersama anak lelaki. Pada masa itu saya rasa macam ada ‘sesuatu’ nak datang. Rasa macam sejuk semacam dan angin sepoi-sepoi sebelum terbau hanyir di kawasan berkenaan.

Menerusi temuramah bersama Oh!Bulan, Abang Man ketika itu sedang melayari laman Facebook ditemani anak lelakinya yang berusia 15 tahun di ruang garaj rumah mereka. Kemudian selepas itu, dia terdengar hilaian ketawa yang pada mulanya disangkakan jiran-jiran perempuan mereka. Namun suara ketawa tersebut bertukar tangisan yang menyeramkan.

Sebenarnya saya senang nampak kelibat-kelibat makhluk yang pelik-pelik ni. Bermula apabila saya mula belajar dengan arwah ustaz saya di Kanchong Darat Banting. Cuma kali ini saya sempat rakam. Ada lagi gambar saya sempat ambil tapi itu di kawasan kampung saya.

Ditanya mengenai pengalaman lain, menurut Man beliau sering melihat kelibat pelik selepas belajar dengan seorang ustaz. Walaupun pengalaman tersebut bukan pengalaman pertama kali, namun pengalaman kali ini cukup membuatkan dia dan anaknya tergamam.

Makhluk ini tak semestinya wujud di hutan dan lautan

Buaian yang sering gerak sendiri

Bercerita mengenai kawasan tersebut, Abang Man memberitahu kami bahawa tempat tersebut pernah juga ‘diganggu’ dengan makhluk halus itu di kawasan taman permainan.

Tempat tu memang sebelum ini ada juga kelibat-kelibat. Buaian di padang kawasan rumah tersebut pernah berbuai sendiri. Ramai yang pernah terlihat lebih-lebih lagi di waktu magrib.

Beliau turut berpesan agar kita semua belajar cara-cara hindarkan diri dengan makhluk halus ini. Beliau juga berpesan agar kita semua belajar serba sedikit cara menghindarkan diri kita dari makhluk halus ini dan jaga wudhu. Sebaiknya jika kita tahu tempat tersebut ada makhluk halus, seeloknya jalan berdua dan jangan berani berseorangan.

Takut bila kita tak kuat makhluk ni boleh menempel dalam diri kita dengan tenaga mereka tersendiri. Yang penting sentiasa beristighfar dan minta lindung dengan kalimat-kalimat Allah.

Bila kita rasakan aura atau makhluk tu melawan, bacalah surah An Nas. Dan kiranya dia mula mendekat kita, baca surah Al Ikhlas tiga kali dengan yakin dan pasak dalam hati kita, jangan biar jiwa kita kosong pada waktu itu. Seterusnya hentak kaki kita kebumi sebanyak tiga kali. Selepas itu bacalah do’a Nabi Sulaiman.

Mengakhiri temuramah itu, Abang Man berharap agar perkongsian ini dapat membuka mata ramai orang bahawa makhluk halus ini wujud bukan sahaja di hutan atau lautan. Apa yang penting adalah sentiasa berdoa agar dilindungi Allah.

Jangan sekali-kali terlalu berani dgn makhluk-makhluk atau jin dengan cara mencabar kerana mereka juga ada kekuatan tersendiri yg bukan semua kita boleh lawan. Semuanya atas keizinan Allah juga.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×