berita

‘Memang Stress Sampai Tahap Lupa Nak Makan’ – Nadeera Zaini Hilang Berat Badan Sebanyak 4kg

July 11th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini mendedahkan berat badannya turun sebanyak empat kilogram sejak menyertai program nyanyian tersebut selama 10 minggu.

Artikel Berkaitan: Nadeera Zaini Kena ‘Face Shaming’, Ibu Bapa Nangis Baca Komen – ‘Ada Yang Kata Muka Saya Macam Ba**’

‘Lupa dah makan ke belum’

Ketika ditemui OhBulan!, Nadeera mengakui tekanan dan cabaran yang dihadapinya sepanjang program berlangsung menyumbang kepada penurunan berat badannya.

Masa awal saya masuk Big Stage berat saya 52kg dan sekarang dah 48kg.

Memang stress sampaikan saya tak makan, kalau makan pun tak ingat macam ‘eh aku ni dah makan ke belum?’. Sampai tahap macam tu sekali.

Terlalu sibuk, hari-hari saya menyanyi (berlatih) tanpa henti, kita orang pula ada aktiviti-aktiviti yang disediakan pihak penganjur.

Nadeera berkongsi perkara tersebut pada malam final Konsert Big Stage 2023 yang diadakan di Dewan Auditorium MBSA pada malam Ahad.

Ingat pesan juri untuk terus maju

Dalam pada itu, Nadeera berkata dia akan sentiasa mengingati pesanan daripada penyanyi berpengalaman yang menasihatinya untuk mencari syarikat naungan yang mampu mengenengahkan lagi bakatnya serta membantu dalam industri seni.

Pesanan daripada Datuk Syafinaz, Ziana Zain serta juri-juri lain yang notice saya, yang pernah jumpa-jumpa saya sebelum ni, mereka pesan carilah team yang sehabis baik mungkin boleh naikkan saya selepas ini.

Alhamdulillah syukur saya jumpa team baharu saya dan nantikan apa yang akan kami surprise kan nanti, Insha-Allah.

Setakat ini apa yang perubahan yang saya boleh nampak apabila sertai team baharu ini ialah dari segi fashion dan cara pemakaian saya.

Mungkin penampilan saya selepas ini akan lebih maju (up to date), Inshaa-Allah, doakan saya.

Sekadar info, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara program Big Stage 2023 dan membawa wang tunai berjumlah RM100,000 serta sebuah trofi.

Bukan itu sahaja, Nadeera juga bakal membuat sebuah lagu bersama komposer terkenal Korea Selatan, Hyuk Shin.

SKIP THIS AD ×