Penyanyi meningkat naik, Nadeera Zaini mendedahkan dia mendapat kecaman teruk oleh wargamaya sehinggakan ada yang sanggup menghina rupa parasnya.
Artikel Berkaitan: Pakaian Tak Sesuai Dengan Lagu Ketuhanan, Nadeera Zaini Mohon Maaf Janji Perbaiki Kesilapan
Kena ‘face shaming’
Ketika ditemui OhBulan, juara Lagu Cinta Kita Musim Kedua itu memaklumkan dirinya tidak lagi mahu membaca sebarang komen netizen di media sosial selepas teruk dikecam.
Namun, ketika sedang menggunakan telefon bimbit di rumah, terdapat satu komen yang keluar dari paparan notifikasi yang sangat meruntukan hatinya.
Saya sebenarnya dah tak nak baca komen selepas saya dikecam teruk pada waktu minggu yang ketiga (program berkenaan).
Jadi saya balik rumah saya tengok gambar-gambar saya je, saya tak tengok pun komen dari orang semua. Satu hari tu notifikasi keluar ada orang komen ‘muka tu macam ba**’.
Nadeera berkongsi perkara tersebut pada malam final Konsert Big Stage 2023 yang diadakan di Dewan Auditorium MBSA pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Nadeera berkata ibu bapa serta ahli keluarganya yang lain berasa sedih hingga mengalirkan air mata membaca komen yang dilemparkan kepadanya itu.
Saya punya mak ayah adalah info pertama saya sebab macam saya kata tadi saya tak baca komen, sebab benda tu akan menjatuhkan saya dan buatkan saya lagi rasa sedih dan macam-macam yang saya akan fikir.
Satu hari tu balik rumah, mak ayah saya nangis, mak cik saya nangis, telefon saya cakap ‘kenapalah ramai sangat orang menghina, kenapa menghina sampai macam ni’.
Nadeera turut berkongsi bahawa dia turut menangis apabila terkenangkan kata-kata hinaan itu.
Saya pun baca benda tu, saya terus nangis. Saya macam ‘weh ni menghina’.
Saya adalah orang yang sangat pantang tau bila orang bergurau soal rupa sebab bagi saya tu Allah yang cipta.
Jadi saya nak tanya balik pada anda semua yang berkata begitu pada saya, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga anda ataupun diri anda sendiri, macam mana anda rasa? Itu saja.
Asam garam anak seni
Sementara itu, pelantun lagu Dia Penggantimu itu berpendapat bahawa apa yang berlaku ini hanyalah permulaan buat perjalanannya dalam dunia seni.
Benda ni baru permulaan, journey saya.
Jadi, asam garam tu kena rasa tak akanlah semua manis je kan? Tak bestlah kan.
Sekadar info, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara program Big Stage 2023 dan membawa wang tunai berjumlah RM100,000 serta sebuah trofi.
Bukan itu sahaja, Nadeera juga bakal membuat sebuah lagu bersama komposer terkenal Korea Selatan, Hyuk Shin.