Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berkongsi tentang kisah percintaan dan perpisahannya dengan suami selepas disoal oleh seorang pengikutnya di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Jaja Kisah Keguguran, Netizen Kesal ‘Founder’ Gunakan Shuhada Untuk ‘Marketing’
Artikel Berkaitan: Dakwaan Isteri Hafidz Roshdi Gugur Kandungan, Polis Sahkan Terima Dua Laporan
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Sengaja Gugur Kandungan Tidak Benar, Ada Laporan Doktor Punca Akibat Tekanan’ – Nurul Shuhada
Kenal di universiti
Menerusi IG Story, Shuhada membuka ruang untuk para pengikutnya bertanyakan soalan dan salah seorang pengikutnya mengajukan soalan tentang tentang detik pengenalan dengan Hafidz.
Macam mana Shu kenal H? Berapa lama kenal? Dia pernah sembunyikan Shu dari orang lain ke?
Shuhada kemudian berkongsi cerita dan berkata permulaan kisah cinta apabila Hafidz sering memintanya untuk mengajar dalam pelajaran.
Mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun pengenalan.
Kenal masa dekat MSU, masa itu tak bercinta kan.. jadi memang dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Dia suruh saya ajar dia dan ‘dating’ dekat perpustakaan.
Kenal dua tiga tahun sebelum berkahwin dan memang tak ada sembunyi apa-apa. Memang terbuka bercinta secara Islamik..tapi tu la, dia kata kita bukan ‘soulmate’ dia pula..
‘Allah bagi petunjuk..’
Dalam pada itu, terdapat satu pertanyaan yang juga menarik perhatian apabila Shuhada disoal tentang mengapa dia mengambil keputusan untuk berpisah.
Macam mana Kak Shu boleh decide untuk gerak dan tinggalkan H terus?
Menurut Shuhada, sebelum dia berkahwin Allah telah banyak memberikannya petunjuk.
Sebab banyak sangat petunjuk Allah bagi sebelum kahwin..lepas kahwin lagilah. Allah marah lah, sayang Aku ni.. sayang terlebih-lebih kan dah kena. Begitulah bahasa kasarnya.
Tinjauan OhBulan! mendapati selain diajukan pelbagai soalan, Shuhada juga dihujani dengan kata-kata semangat agar dia tabah menghadapi dugaan.
Sumber: Instagram