Sebelum ini , kisah rumah tangga pasangan selebriti iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian netizen selepas didakwa sedang dilanda masalah. Namun, kedua-duanya mengunci mulut punca mereka tidak tinggal sebumbung.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Lama Bersabar, Jumpa Kat Mahkamah’ – Puteri Sarah Nak Saman Siapa?
Dari tahun 2019
Terbaru, nampak gayanya Puteri Sarah tidak mampu lagi menyembunyikan masalah rumah tangga mereka.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Sarah, 37, mengamuk kepada anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar yang masih menganggu rumah tangganya sejak tahun 2019.
Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar.
Anda kacau mental saya dari 2019 lagi. Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.
Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.
Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur.
Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah.
Berhati-hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini.
Memang tak ada maruah?
Dalam hantaran yang berbeza, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mempertikaikan tindakan Ira yang masih tidak berputus asa dengan suaminya biarpun sudah mempunyai teman lelaki.
Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kaza? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki kan?
Mana pergi semua teman lelaki anda? Kenapa nak kena kejar suami orang lagi?
Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.
Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahu saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu juga menegaskan kali ini dia tidak akan ‘memberi muka’ terhadap Ira dan bakal mengambil tindakan undang-undang.
Jumpa anda di mahkamah Ira. Lupa ke dulu saya pernah buat laporan polis pasal anda. Tapi saya masih kesian lagi. Kali ini tidak.
Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana