Bekas suami kepada penyanyi Zehra Zambri, iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, mengakui bahawa tiada lagi ruang untuk berdamai selepas sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Suami Zehra Zambri Didakwa Culas Tanggungjawab Nafkah, ‘Ghaib’ Tak Balas Mesej

Artikel Berkaitan:  ‘Saya Sudah Sedia Ceraikan Zehra Zambri’

Keputusan terbaik

Ketika ditemui OhBulan!, Iqwan berkata perceraian adalah keputusan terbaik buat mereka berdua.

Dia juga menegaskan sudah tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Zehra serta menolak kemungkinan untuk kembali bersama bekas isterinya itu.

Perceraian tu adalah jalan yang terbaik untuk kami lah, insyaAllah.

Memang tak ada niat dan juga ruang ataupun peluang untuk, untuk berbaik dengan Zehra.

Dalam pada itu, Iqwan reda untuk melepaskan Zehra memandangkan perpisahan itu adalah atas permintaan bekas isterinya.

Tidak ada rasa berat hati sebab dah lima bulan kes kami berlangsung, kemudian keputusan ini adalah permintaan Zehra.

Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada pagi Rabu.

Ketentuan Allah

Iqwan juga menyifatkan perceraian yang berlaku antara mereka sebagai satu ibadah yang sudah tertulis dan merupakan ketentuan Allah SWT.

Kita cuba juga berbincang sebelum ni tapi memang Allah kata cerai tu adalah ibadah juga kan. Jadi alhamdulillah, hari ini kita dah tunaikan janji.

Bagaimanapun, Iqwan memaklumkan akan mengekalkan hubungan baik demi anak-anak meskipun rumah tangga mereka sudah berakhir.

Itu seperti yang dinasihati oleh hakim. Hubungan kekal untuk menguruskan anak.

Untuk anak akan melalui proses hadanah, akan ada masa tertentu yang saya boleh pergi melawat, dia pun kena bersedia bila saya datang melawat.

Jadi saya rasa lepas bercerai, proses dia akan lebih mudah, insyaAllah.

Pada pagi Isnin, Mohd Iqwan sah bercerai talak satu dengan Zehra melalui talak rajie di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.

Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu secara fast track selepas mendakwa berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.