
Penyanyi, Zehra Zambri mendakwa suamianya, Nur Mohd Iqwan Samsudin ‘ghaib’ tanpa sebarang jawapan selepas anak dimasukkan ke hospital.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Sedia Ceraikan Zehra Zambri’
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Dakwa Terpaksa ‘Mengemis’ Duit Susu & Lampin Anak Daripada Suami
Suami “ghaib”
Zehra, 38, berkata, dia ada berkomunikasi tentang anak bersama suami namun tidak mendapat kata sepakat apabila ditanya mengenai proses mahkamah.
Ujarnya, walaupun anak dibawah tanggungannya, dia mahukan suami bertanggungjawab sebagai seorang ayah.
Kami berkomunikasi kali terakhir ketika dia melawat anak yang sakit di hospital pada 10 Julai lalu.
Semenjak daripada hari itu, dia langsung tak respon saya.
Sebelum ini ada juga balas, tapi kali ini terus ghaib dan mendiamkan diri.
Kami banyak berurusan tentang anak. Memang la anak bawah tanggungan saya tapi saya nak juga dia bertanggungjawab.
Walaupun Allah beli rezeki pada saya untuk sara anak, tapi saya nak dia rasa sedikit tanggungjawab itu.
Zehra berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Hulu Langat, Bangi, sebentar tadi.
Nafkah

Dalam pada itu, Zehra mendedahkan dirinya banyak beralah daripada segi nafkah sepanjang melayari bahtera perkahwinan.
Nafkah anak tiada.
Sebenarnya dalam tempoh perkahwinan pun saya banyak tak tuntut nafkah saya.
Tapi bila dah sampai ke tahap ini, saya rasa perlu lah kedepan untuk meminta hak saya.
Bagaimanapun, Zehra menyerahkan segala keputusan pada pihak mahkamah untuk memberi keadilan mengikut hak masing-masing.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 11 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
