
Suami kepada penyanyi, Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin mengakui sudah bersedia melepaskan isterinya sekali gus meleraikan polemik rumah tangga yang sekian lama bergolak.
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Nasihat Suami Berhenti Canang Cerita Rumah Tangga – ‘Nanti Anak Besar Lihat Fitnah Dibuat Bapa Sendiri’
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri & Suami Sudah Beri Keterangan Di IPD Kajang Kes Keganasan Rumah Tangga
Sedia untuk berpisah

Begitu pun, Iqwan menghormati institusi mahkamah dan perlu mengikuti semua prosedur yang sudah ditetapkan.
Perkara ini memang berterusan dan saya ada beritahu dalam mahkamah ingin menceraikan Zehra.
Cuma melibatkan seksyen 47 ada fasa yang perlu dilalui, jadi saya hormat keputusan itu.
Saya sudah sedia untuk ceraikan Zehra sebelum ini lagi cuma perlu melalui proses mahkamah. Sangat berat sebenarnya untuk saya lalui perkara ini tapi saya ikut sahaja.
Iqwan berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi usai prosiding mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), pada Isnin.
Akur dengan proses Hakam Islah

Dalam pada itu, Iqwan memberitahu dia akur apabila kes perceraiannya dibawa ke proses Hakam Islah pada 13 Ogos depan.
Tidak ada apa-apa keputusan dicapai hari ini (Isnin), saya tak mahu komen banyak sebab anak saya tak sihat.
Jadi untuk lebih lanjut apa-apa yang berlaku dalam mahkamah boleh tanya Zehra sebab peguamnya lebih arif dalam hal ini.
Hari ini sepatutnya mendengar keputusan JKP tetapi terpaksa dilanjutkan kepada Hakam Islah.
Sebelum ini, pelantun lagu Semalakama memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya selepas mendakwa lebih tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga mereka.
Nur Mohd. Iqwan juga pernah berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh Zehra pada 7 Mac lalu terhadapnya.
Antara tuntutan tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, sikap, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 11 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.






![[VIDEO] Ramai Minta QR, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan Wang – ‘Selagi Masih Boleh Buat Affiliate, Saya Akan Lakukan’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/befunky_2026-7-2_10-30-56.jpg)

