berita

‘Memusnah Periuk Nasi Orang, Alasan Agama’ – Fynn Jamal Ulas Isu Boikot, Tak Halal

September 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan dengan taraf halal sebuah kedai kopi yang popular di Penang. Keraguaan itu tercetus apabila kedai tersebut tidak mendapat pengiktirafan sijil halal dari pihak JAKIM.

Penyanyi, Fynn Jamal yang sering mengupas isu berkenaan hal semasa memberi pandangan berkenaan isu tersebut menerusi Instagram miliknya. Baginya, setiap individu mempunyai hak masing-masing untuk makan di kedai yang diyakini halal. Jika ada individu yang ragu-ragu, dia tidak sepatutnya menghasut orang sekeliling berkenaan kedai tersebut.

Benda haram lain boleh pulak

Benda basic je. Kau tak nak, dah. Kalau dia berani makan situ, bermakna dia dah paham level halal haram benda dia makan tu. Tak pernah lagi jumpa orang Islam yang memang saja-saja cari benda haram nak makan. Sebab orang Islam bab makan terutamanya bab babi dan minyak babi ni memang sensitif.

Tapi bab yang lagi besar macam couple, rembat barang jumpa, tak solat subuh, bulu mata palsu dan macam-macam lagi boleh je tak apa dia.

Kedai tepi jalan pun takde logo halal

Tauhu bergedil tepi jalan takde logo halal tapi kita ok je. Sebab kita anggap dia muslim. Walhal berapa kali dah non muslim indo kena tangkap berniaga makanan konon pakai tudung.

There are non muslims yang berniaga adhering to halal food prep. Dulu zaman kerja Lim Kok Wing, zaman takde duit dulu, selalu je colleague aku suap nasi dengan kari mak dia buat. Diorang hindu. Siap cakap awal-awal. Amma takde masuk barang tak halal pun.

Proses makan masa

Again, point aku tak nak, dah. Orang nak, jangan marah. Sebagai peniaga f&b, aku dah harung paperwork nak dapatkan sijil halal. Ingat siap dalam sehari ke? Dan ingat proses semudah semak pekerja semua ic tulis agama islam ke. Selain ingredients, kebersihan tempat proses kena tip top etc. Submit itu submit ini. Tunggu tunggu tunggu.

Dan kat Malaysia, tak semestinya tak boleh start jual selagi logo halal tu takde. Boleh jalan dulu. Tanya lah mana-mana jabatan berwajib. Ingredients halal. Penyediaan halal. Halal lah.

Yang jadi isu adalah hati-hati busuk yang suka memulakan artikel viral nak memusnah periuk nasi orang. Alasan agama. Syiok ajak semua sama-sama menunggang.

Jangan insecure sangat la. Tak boleh untung, niaga orang dia kasi rentung. Apa benda la.

Jangan ajak benci-membenci

No pork no lard pun satu lagi jadi isu. Perkakasan tak bersih, katanya. Ha’ah. Memang pearl bubble boba bagai tu boss dia bagi staff dia bancuh arak guna straw kau kat kedai dia. Apa la. F&b ni ketat gila weh. Bukan main bubuh. Hadohh.

Aku tak kisah kita nak buat awareness. Tapi aku tak berkenan kaedah nak ajak benci-membenci ni. Benda ni lalu kat feed aku. Baca komen-komen, yihhh, letih. Pesen tak pernah duduk luar. Kalau ada pun tempat ramai muslim. Tak merasa terpaksa masuk kedai order air dalam tin dengan roti cicah olive oil bodoh je. Itu pun dari botol minyak. Hergh.

Jangan baling hatred la. Nanti orang baling balik.

Sumber: Fynn Jamal

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×