berita

‘Menabung’ Dalam Perut, Doktor Temui Duit Bernilai RM 1,580 Selepas Lakukan Pembedahan

September 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang lelaki di Kaherah, Mesir dikejarkan ke hospital apabila mengadu perutnya sakit. Namun, siapa sangka disebalik sakit perut itu, tersingkap kisah pelik mengenai tabiatnya.

Lelaki itu mempunyai tabiat memakan benda aneh dan ketika pembedahan dilakukan doktor menjumpai sejumlah wang kertas, duit syiling, 39 paku dan pemetik api.

6,000 Egypt pound dijumpai

Sumber: Arab News

Menurut Dr. Abdul Rahman Mustafa, ketika pembedahan dilakukan mereka menjumpai wang kertas 6,000 Egypt pound (kira-kira RM 1,580) dan beberapa benda aneh seperti duit syiling, 39 batang paku, dan pemetik api.

Tambahan pula, lelaki tersebut sudah lama mempunyai tabiat pelik ini sebelum menghidap jangkitan pada bahagian perut dan ususnya akibat tabiat peliknya.

Kini, lelaki tersebut sudah selamat dan doktor telah berjaya mengeluarkan semua wang kertas berkenaan.

Sumber: Arab News

SKIP THIS AD ×