berita

Menang Juara Dunia Lightweight UFC, Khabib Tunai Janji Derma RM417,000 Kepada Tabung Amal

September 19th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sahaja yang tidak mengenali bintang sukan bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov yang sering dikaitkan dengan isu pertelingkahan bersama musuh tradisinya, Conor McGregor.

Namun lain pula ceritanya kali ini apabila Khabib berjaya mengekalkan takhta kejuaraan dunia lightweight UFC dengan menewaskan Dustin Poirier dalam perlawanan di UFC 242 pada minggu lalu.

Khabib tunaikan janji

Menerusi Astro Awani, Khabib dikatakan telah menunaikan janjinya untuk menderma baju milik Poirier yang disarungkannya selepas perlawanan kepada The Good Fight Foundation iaitu tabung dana kebajikan yang ditubuhkan oleh Poirier dan isterinya, Jolie.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila kutipan dana tersebut adalah bertujuan bagi membantu membina perigi air di sekolah anak-anak yatim di Uganda.

Derma sebanyak RM417, 230

Menerusi laman Twitter, Dustin Poirier mengesahkan bahawa juara lightweight UFC itu telah menunaikan janjinya untuk mendermakan wang hasil jualan itu kepada tabung kebajikan.

Khabib seterusnya menjual baju milik Poirier itu dengan harga AS$100,000 (RM417,230) dan wang tersebut kemudian diserahkan kepada tabung dana kebajikan.

Baru sahaja bercakap di telefon dengan (Presiden UFC) Dana White. Dia memaklumkan wang itu telah diserahkan kepada The Good Fight Foundation. Saya sangat bersyukur atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Terima kasih semua!

Terima kasih Khabib!

Menerusi Twitter rasmi milik The Good Fight Foundation turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Khabib di atas keikhlasannya menderma kepada tabung dana kebajikan ini.

Terima kasih Khabib atas sumbangan ikhlas anda kepada The Good Fight dan kerana menjadi lelaki yang berpegang kepada kata-katanya. Sumbangan anda dapat membantu ramai orang!

Sumber: Dustin Poirier, The Good Fight Foundation, Astro Awani

SKIP THIS AD ×