berita

Menang Piala AFC, Sultan Johor Tunaikan Nazar Derma RM 1 Juta Kepada Anak Yatim

November 4th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

JDTAFC

Sabtu lalu merupakan hari keramat bola sepak tanah air apabila pasukan  Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah  selepas muncul juara dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Atas kemenangan tersebut, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor akan menunaikan nazar dengan menderma kepada masjid dan rumah anak yatim di Johor.

Melalui akaun facebook baginda semalam, sebanyak RM 1 juta akan didermakan kepada rumah-rumah anak yatim tersebut. Tahniah JDT!

Alhamdulillah. Piala AFC Kini Milik Kita!

jdt

Alhamdulillah, Piala Asian Football Confederation (AFC) kini milik kita! Kejayaan ini adalah berkat doa anda semua dan kesungguhan para pemain bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bermain bermati-matian hingga ke tiupan wisel yang terakhir. Sebaik saja kita memenangi perlawanan akhir AFC, saya telah membuat panggilan telefon kepada anakanda saya, Tunku Mahkota Johor, untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Dia terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira. Memang, kalau boleh, dia hendak berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan janji yang dibuat terdahulu. Tunku Mahkota Johor kata dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di negeri Johor.

Saya Sendiri Pula Dah Bernazar Untuk Menderma Sebanyak RM 1 Juta

11201179_540689589427678_7917632585703648808_n

 

Dan saya sendiri pula dah bernazar untuk menderma sebanyak RM 1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor. Pemain JDT akan balik Johor pada hari ini dan saya dimaklumkan satu keraian akan dibuat di Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk meraikan kemenangan JDT. Bila Tunku Mahkota balik ke Johor pada 18hb November nanti, InsyaAllah, piala AFC akan dipamerkan ke semua daerah di negeri Johor, supaya rakyat Johor dapat melihat piala itu. JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dan doa dari anda semua,” titah Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

?#?sultanibrahimofficial??#?sultanjohor??#?luaskankuasamu??#?jdt?
?#?muafakatbangsajohor??#?royaljohor??#?sultanjohordanrakyatberpisahtiada?

Sumber : Facebook JOHOR Southern TigersSultan Ibrahim Sultan Iskandar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×