berita

Menangis Bersihkan Tempat Duduk Stadium Walaupun Tewas.. Contohi Lah Sikap Fans Jepun!

July 3rd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Dalam 16 pasukan terakhir pusingan kalah mati, hanya negara Jepun sahaja yang mewakili pasukan dari Asia Tenggara dan mereka dijadualkan untuk menentang pasukan Belgium. Seperti dijangka, Jepun tewas pada Belgium walaupun mereka sudah mendahului 2-0.

Walaupun kalah, ramai yang memuji semangat ditunjukkan pasukan itu. Malah ramai terkejut kerana Jepun mampu memberi saingan hebat dengan pasukan yang terdiri dari bintang-bintang bola sepak dunia. Selain itu, sikap penyokong Jepun juga membuatkan satu dunia kagum dengan mereka. Respect lah!

Kalah bermaruah

Ramai penganalisis bola sepak serta peminat bola sepak seluruh dunia mengjangkakan Belgium akan menang ke atas Jepun dengan mudah. ‘Apa-apa akan terjadi dalam sukan bola sepak’ apabila Jepun mendahului Belgium dengan jaringan 2-0 di awal separuh masa kedua.

Namun, Belgium bangkit menyamakan kedudukan dan selepas itu menjaringkan gol kemenangan menerusi serangan balas pada masa kecederaan. Walaupun tewas, semangat juang mereka mendapat pujian. Selain itu, sikap penyokong Jepun juga patut dicontohi orang ramai.

Lihat sahaja foto-foto di bawah ini;

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×