berita

Menangis & Sempat Peluk Mangsa, Remaja Maut Ketika Dengar Lagu Dalam Bilik Masa Hujan Lebat

November 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dialami oleh dua orang remaja ini apabila sebuah telefon pintar secara tiba-tiba telah disambar petir ketika sedang asyik mendengar lagu. Lebih meruntun hati apabila salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Dengar lagu dalam bilik

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, kejadian tersebut telah berlaku di Indonesia. Mangsa yang dikenali dengan nama Hendra Prayoga bersama seorang rakannya, Bayu Nur Priyanto sedang berehat di dalam bilik tidur ketika hujan lebat yang disusuli dengan petir. Namun, disebabkan terlalu bosan, mangsa yang berusia 15 tahun kemudian memasang lagu di telefon pintarnya.

Malangnya, secara tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat dan telefon pintar mangsa telah disambar kilat. Berikutan daripada insiden itu, kedua-dua mereka dan telefon pintar berkenaan telah melantun. Menurut Ketua Polis AKP Agus Amjat Purnomo berkata, saksi memaklumkan selepas kejadian itu mangsa kelihatan sukar untuk bernafas.

Mangsa meninggal dunia

Dalam keadaan yang lemah, Bayu yang berusia 16 tahun itu telah memeluk erat tubuh rakannya sambil menangis. Malah, Bayu yang tidak mengalami kecederaan juga sempat menjerit untuk meminta pertolongan daripada ibu bapa mangsa. Namun, tidak lama selepas itu, ibu bapa mangsa bersama orang kampung telah tiba membawa mangsa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Mereka membawa mangsa ke klinik komuniti namun, berikutan keadaan agak kritikal mangsa dibawa ke Rumah Sakit Siaga Medika Purbalingga.

Tetapi malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Ekoran daripada kejadian yang menimpa remaja remaja berkenaan, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan barangan elektronik ketika petir walaupun pada ketika itu anda berada di dalam rumah.

Sumber: Tribunnews, Regional Kompas

SKIP THIS AD ×