berita

Menangis Teresak Anak Ditemui Selamat, Nasihat Lelaki Ini Supaya Hargai Pengorbanan Ibu Bapa

September 23rd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

collage-mangsa-culik-header

Semalam viral di laman sosial mengenai seorang remaja perempuan Nur Darleen Dazeera yang dilaporkan dilarikan dua lelaki di hadapan rumahnya ketika menunggu van ke sekolah. Namun remaja ini akhirnya ditemui selamat setelah 7 jam diculik.

Sayu melihat video bapa mangsa culik yang menangis teresak memeluk anaknya, lelaki ini nasihat anak supaya menghargai ibu bapa. Jangan bila sudah tua mereka diabaikan dan sudahnya ‘menetap’ di rumah orang tua pula.

Kasih sayang seorang ayah

Cinta mak ayah walau dah jadi jenazah

Pilu sungguh hati ni bila tengok video ayah Nur Darleen Dazeera, pelajar form 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 yang diculik pukul 7 pagi tadi menangis teresak-esak macam kanak-kanak bila dapat peluk anaknya yang dah ditemui selepas 7 jam diculik.

Tu la kasih sayang seorang ayah sebenarnya. Macho di luar tapi kat dalam sebenarnya penuh dengan kasih sayang. Seorang ayah ni sebenarnya selalu pendam kesusahan yang dia alami sebab dia berusaha nak jadi contoh pada anaknya bahawa sekuat mana pun dugaan dan ujian hidup, diri kena kuat. Tak boleh manja.

Tapi ada masanya seorang ayah boleh kalah juga dengan ujian lebih-lebih lagi bila melibatkan nyawa si anak. Sebab tu saya boleh faham kalau ada pesakit saya yang marah-marah bila anaknya lambat dapat rawatan. Saya sebagai doktor hanya perlu senyum dan jelaskan dengan baik-baik je. InsyaAllah si ayah akan memahami.

Saya tak dapat bayangkan wujud juga anak yang tak hargai pengorbanan ayahnya. Masa kecik-kecik punya la manja dengan ayah. Mintak macam-macam. Merengek nak mintak ayah bawak pergi jalan-jalan naik kereta. Merengek kalau ayah tak belikan lolipop tapi bila dah besar dan dah dapat gaji sendiri lupakan si ayah camtu je.

Anak-anak sanggup tinggalkan mak ayah di rumah orang tua

Lebih 6000 orang warga emas kat Malaysia ni ditinggalkan kat rumah orang tua. Saya tak nafikan memang ada mak ayah yang bila dah tua nanti dia cakap dia taknak menyusahkan anak-anak dan sanggup tinggal kat rumah orang tua tapi saya percaya jauh dalam sudut hati mereka sebenarnya mereka nak kita yang jaga mereka. Takkan sama tangan misi (nurse) atau petugas yang mencebok dan memandikan dibandingkan dengan tangan anak sendiri.

Camtu juga bila mak ayah dah meninggal nanti. Kenapa digalakkan keluarga sendiri terutamanya anak sendiri untuk mandikan dan kafankan mak ayah kita nanti? Sebab takkan sama cara orang luar dengan cara seorang anak handle jenazah mak ayah sendiri. Seorang anak ni bila dia mandikan mak ayahnya sendiri nanti dia akan mandikan dengan penuh lemah lembut.

Semasa nak keluarkan najis yang ada dalam perut, si anak akan tekan perut jenazah mak ayahnya dengan lemah lembut. Dia tak sanggup lagi nak tambah penderitaan mak ayahnya yang baru je bertarung dengan kesakitan sakaratul maut. Segala aib dan parut di badan jenazah akan disimpan oleh anaknya sampai la bila-bila. Kalau orang lain yang mandikan boleh jadi aib tu tersebar suatu hari nanti kan.

Belum terlambat nak berbakti

InsyaAllah belum terlambat untuk kita kembali taat dan berbakti pada mereka.

+ Ambil handphone, call mereka sekarang
+ Tanya adik beradik no akaun mak ayah, sila transfer duit sekarang
+ Mak ayah dah takde, sila berdoa untuk kesejahteraan mereka di alam sana sekarang

Dah baca artikel ni sila amal sekarang atau jika kita masih bertangguh, boleh jadi kita akan menyesal buat selama lamanya.

P/S : Sila kongsi artikel ni pada semua adik beradik kita. InsyaAllah mereka akan makin sayang pada mak ayah walaupun mungkin mak ayah kita dah selamat sampai ke alam sana. Amin!

 sumber: Taufiq Razif
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×