berita

‘Menangis Teresak Minta Tolong’ – Suami Cagar Telefon, Tak Ada Duit Urus Pengebumian Isteri

October 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) berkongsi satu kisah mengenai kes kematian warga Indonesia yang sudah dua hari meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor.

Menurut SPJM, suami jenazah tersebut telah meminta pertolongan mereka kerana buntu memikirkan kos pengurusan jenazah yang tinggi. Tambahan, lelaki itu baru sahaja menyelesaikan bil hospital yang mencecah ribuan ringgit.

Perkhidmatan percuma

Skuad kami membantu waris untuk urusan dokumentasi di Kedutaan Indonesia, mandi dan kafan di hospital sehingga jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak. Segala perkhidmatan kami adalah percuma dan kos penguburan jenazah di tanah kubur juga ditanggung SPJM sepenuhnya.

Ambillah telefon saya ini sebagai cagaran sebab saya tak ada duit lagi nak bayar pengurusan jenazah isteri saya. Suami arwah tiba-tiba menghulurkan telefon miliknya kepada skuad kami sebagai menggantikan kos pengurusan jenazah yang tidak mampu dibayar oleh beliau setelah jenazah isterinya selesai disemadikan. Skuad kami menolaknya namun suami arwah ingin juga membayar kos pengurusan jenazah isterinya sehingga sanggup meminjam duit daripada kawan-kawannya.

Menurut suami arwah, dia tidak mempunyai duit untuk membayar kos pengurusan jenazah isterinya. Oleh itu, dia memberi telefon bimbitnya sebagai cagaran. SPJM telah menolak pemberian telefon tersebut namun, suami arwah nekad untuk meminjam duit daripada kawan-kawannya bagi menyempurnakan urusan pengurusan jenazah arwah isterinya.

Bukti kesetiaan dan kasih sayang

Inilah bukti kesetiaan dan kasih sayang sejati seorang suami kepada isterinya. Sanggup berkorban apa saja demi isteri yang dikasihi. Sejak awal lagi ketika dia menghubungi kami pun suaminya menangis teresak-esak memohon pertolongan bagi memudahkan urusan jenazah isterinya. Semoga Allah SWT merahmati pengorbanan suaminya ini dan semoga Almarhumah Melly Syahputri Aritonang ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

SPJM turut memberitahu bahawa mereka terharu melihat bukti kesetiaan dan kasih sayang seorang suami terhadap isteri. Tambah SPJM, lelaki tersebut sanggup berkorban apa sahaja bagi memudahkan urusan jenazah isterinya yang dikenali sebagai Melly Syahputri.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

×