berita

Pakar Bius Menangis, Laung Azan Di Masjid Lepas Bunuh Mak Ayah

September 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pakar bius telah ditahan pihak berkuasa selepas dituduh membunuh ibu bapanya dengan kejam di rumah mereka di daerah Sidi Bishr, Mesir.

Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Maut & Putus Tapak Tangan, Ditetak Rakan Bapa Tiri

Artikel Berkaitan: Berang Dipaksa Ceraikan Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Ibu Mentua Sebelum Bunuh

Azan lepas bunuh ibu bapa

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Gulf News, mayat kedua-dua mangsa yang berlumuran darah ditemui pihak berkuasa di dalam sebuah apartmen. Hasil siasatan awal mendapati, suspek utama pembunuhan tersebut adalah anak lelaki kedua-dua mangsa yang juga merupakan pakar bius.

Semasa soal siasat, saksi mendakwa melihat suspek mengunjungi masjid berdekatan dan melaungkan azan berulang kali sambil menangis. Saksi berkata, suspek ke masjid berkenaan selepas membunuh ibu bapanya.

Suspek yang dipercayai sedang bergelut dengan masalah psikologi telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Gulf News

SKIP THIS AD ×