berita

Menari Sambil Mabuk, 62 Lelaki Myanmar Dicekup Polis Rai Pesta Songkran Sewaktu PKP

April 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia, hanya individu yang mempunyai surat kebenaran bekerja dan ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan. Ini kerana, pihak kerajaan ingin mengurangkan pandemik yang sedang berlaku di Malaysia dan seluruh negara.

Namun, viral sebuah video di media sosial di mana sekumpulan warganegara Myanmar mengadakan pesta ‘Songkran’ di pekarangan sebuah asrama yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

Menyanyi dan menari

Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis telah menahan 62 lelaki Myanmar yang menganjurkan pesta ‘Songkran’ tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof  tangkapan dilakukan anggota IPD Sepang pada pukul 2 petang semalam di perkarangan asrama pekerja kilang tersebut. Usaha mengesan suspek dilakukan bersama oleh pihak pengurusan kilang.

Hasil soal siasat, dua daripada suspek mengaku merakam kejadian menggunakan telefon bimbit dan disebarkan di Facebook (FB). Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 269KK/ Seksyen 505(c) KK/ Seksyen 22(b) Akta 342 / Seksyen 233 AKMM.

Wan Kamarul Azran turut memaklumkan bahawa beberapa suspek mengaku menyertai aktiviti itu dan polis akan mengadakan tangkapan susulan bagi mengesan mereka yang terbabit. Tambahnya, dua telefon bimbit dan sebuah pembesar suara yang dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas.

Minum arak dan langgar perintah PKP

Terdahulu, tular satu video di Facebook yang memaparkan sekumpulan pekerja Myanmar meraikan pesta ‘Songkran’ di sebuah kilang. Mereka dilihat menari sambil minum arak malah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kumpulan pekerja itu dikatakan berkerja di sebuah kilang sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Sumber: Harian Metro & Bernama TV

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×