berita

Mencari Yang Sempurna? Aplikasi Ni Bagitahu Dalam Dm Setiap Kali Ada Jodoh

July 1st, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Nak cari kerja yang sesuai dengan diri ni kena bersungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi dengan saingan yang ada sekarang. Tapi tak mustahil yang korang boleh dapat kerja yang sepadan dengan minat dan kemahiran korang tau.

Siapa kat sini yang selalu ke laman web JobStreet untuk cari kerja? Memang banyak senarai kerja kosong kat situ, tapi nak check satu demi satu tu, alahai. Jangan risau guys. Kali ni JobStreet ada cara paling mudah untuk korang yang tengah cari kerja sekarang!

Aplikasi JobStreet ada fungsi menarik, automatik tahu ada kerja ‘sepadan’ dengan korang!

Awal-awal cari kerja tu, memang banyak likunya. Dah la habiskan masa untuk tinjau segala platform untuk cari kerja, tapi sampai sekarang tak ada yang sangkut. Padahal selalu je update resume dan cover letter. Boleh kira berapa kali je pergi interview. Frust betul!

Sebab tu la, ramai penganggur akan terus pergi cari kerja kosong di JobStreet. Tak dinafikan yang JobStreet memang terkenal sebagai platform untuk cari kerja. Pergi la mana-mana pun, kalau tanya kat mana nak cari kerja, mesti orang akan jawab tengok kat JobStreet la.

Tapi kan, korang tahu tak yang JobStreet ada aplikasi mudah alih jugak tau. Apa yang best tentang aplikasi mudah alih JobStreet sampaikan ramai yang suka gunakannya untuk cari kerja? Aplikasi ni ada fungsi menarik.

Dalam banyak-banyak kerja di JobStreet tu, korang boleh dapat ‘push notification‘ kalau ada tawaran kerja yang ‘sepadan’ dengan profil korang. Best betul. Fungsinya lebih kurang macam aplikasi ‘online dating‘ je. Meh tengok kat bawah..

Notifikasi masuk dalam DM, tak perlu login untuk cari kerja setiap hari lagi!

Selepas muat turun aplikasi mudah alih JobStreet, korang hanya perlu daftar dan masukkan kriteria korang untuk pekerjaan yang korang cari tu. Kemudian, klik ‘Enable Notifications‘.

Notifikasi akan masuk ke dalam DM korang kalau ada tawaran kerja kosong ikut kriteria yang korang nak. Haa.. Nampak macam macam aplikasi online dating kan? Korang memang takkan sangka ada jodoh dengan kerja tu!

Senang cerita, secara automatik korang akan tahu tawaran kerja kosong yang ‘sepadan’ dengan korang. So, korang tak perlu la login setiap hari untuk check kerja kosong yang ada. Tak la miss peluang untuk dapatkan kerja lagi lepas ni!

Mungkin ada di antara korang yang rasa tak selesa dengan persekitaran di tempat kerja sekarang. Nak cari kerja tempat lain pun pun makan masa nak check satu per satu iklan jawatankosong. Lebih lagi kalau di tempat kerja, nanti kantoi orang lain atau bos yang nampak. Sebab tu la wujudnya aplikasi mudah alih JobStreet ni untuk bantu korang!

Lihat betapa mudahnya cari kerja dengan menggunakan aplikasi mudah alih JobStreet kan? Lebih-lebih lagi, JobStreet mempunyai lebih 80,000 pekerjaan tau. Korang tinggal tunggu je tawaran kerja kosong masuk dalam DM korang. Senang!

Banyak artikel bagus untuk upgrade skill korang di laman web JobStreet!

Sementara tunggu peluang pekerjaan masuk tu, korang boleh la upgrade skill yang ada jugak. Setuju sangat! Apa kata korang jengah ke laman web JobStreet masa tengah lapang ni? Korang mesti tertanya-tanya ada apa kan? Hee..

Kalau tengok di laman web JobStreet sekarang, korang dapat baca banyak artikel yang bagus seperti persediaan untuk interview dan latihan terbaik dengan resume. Memang bagus untuk tingkatkan skill ni. Korang pun tak la kekok masa interview nanti kan?

Nampaknya JobStreet bukan la sekadar laman web untuk korang cari kerja. JobStreet betul-betul nak bantu korang dapatkan kerja yang korang nak dengan artikel yang ada. Nanti korang jengah-jengah la laman web JobStreet okay.

Korang yang tengah cari kerja lagi tu, kami nasihatkan jangan putus asa guys. Mesti ada rezeki untuk korang nanti. Oleh sebab tu lah, kami rekomen korang muat turun aplikasi mudah alih JobStreet mulai hari ni!

Nak muat turun, klik je link kat bawah ni ya.

Aplikasi mudah alih JobStreet pastinya dapat membantu korang dapatkan kerja yang ‘sepadan’ dengan kriteria korang. Good luck semua!

Untuk info lebih lanjut, boleh klik sini.

SKIP THIS AD ×