berita

Mencuit Hati, Nostalgik & Sarat Dengan Mesej Kebersamaan, Ini Antara Iklan Terbaik Merdeka 2022!

August 26th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Tak lengkap rasanya perayaan dan hari bersejarah di negara kita diraikan tanpa iklan-iklan menarik. Tahun ini, sempena Hari Kemerdekaan yang ke-65, kami kongsikan antara iklan-iklan favourite kami yang bukan sahaja mencuit hati dan meruntun perasaan, namun penuh dengan semangat patriotik dan kebersamaan.

Jom saksikan!

1. Yoodo – Kes #065 Roti Canai Cili Sos vs. The People 

Pernah makan roti canai dengan cili sos? Dengar macam pelik je kan. Selalu orang makan roti canai dengan kuah kari, dhal, susu ataupun coklat.

Haa..Yoodo mempersembahkan iklan Hari Kebangsaan dengan membawa mesej walaupun kita berlainan cara dan perangai, tetapi kita tetap boleh duduk semeja dan meraikan perbezaan. Begitu jugalah dengan pelbagai bangsa dan kaum yang ada di Malaysia ni.

2. Axiata – The Turning Point

Kehidupan sememangnya memerlukan titik perubahan, barulah kita akan semakin maju ke hadapan. Selami kisah Intan yang berasal dari Kampung Orang Asli Che Wong yang dihadiahkan sebuah buku tentang cara memulakan perniagaan.

Walaupun tiada pengalaman tetapi berbekalkan semangat, ilmu yang dipraktikkan dan peluang yang ada, dia akhirnya diiktiraf sebagai graduan terbaik dengan tempat dalam Program Pembangunan Kepimpinan Universiti Axiata.

3. Dugro® – Generasi Anak Hebat

Dugro percaya untuk membentuk generasi hebat, perlulah bermula dari kecil dan anak-anak perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni. Malah kasih sayang dan nutrisi penting daripada Dugro® serta bimbingan ibu bapa kepada Si Manja sangat memainkan peranan yang besar agar cita-cita mereka dapat dicapai.

4. Perodua – Di Mana Saja, Kita Satu Keluarga

Dalam iklan merdekanya tahun ini, Perodua menampilkan keunikan rakyat Malaysia yang memang takkan sama dengan negara lain. Pergilah sehingga ke London, Paris, Korea pun, sambal tetap tak boleh tinggal dan kita pasti akan terbawa-bawa dengan tabiat-tabiat yang hanya orang Malaysia je faham!

Tapi, keunikan itulah yang menjadikan kita satu keluarga, walau di mana pun kita berada.

5. F&N – Dulu, Kini, Selalu F&N

F&N membawa kita semua kembali ke zaman nostalgia dan kanak-kanak yang penuh dengan keseronokan dan memori. Main ceper ataupun tutup botol, minum air bikarbonat dari botol, dan macam-macam lagilah!

Boleh dikatakan kita semua membesar dengan F&N dan dah jadi jenama wajib bagi setiap isi rumah dari dulu, kini dan selamanya.

6. Paynet – Syair

Apa perasaan korang kalau tiba-tiba kena berpindah ke tempat baru? Mesti rasa tak biasa dan ada yang tak kena kan. Begitu jugalah dengan kisah yang dibawakan Paynet tentang Frankie yang mengikut bapanya berpindah ke Terengganu. Walaupun pada mulanya rasa asing dan berbeza, tetapi akhirnya kita tetap sama.

7. Petronas – 366: Hari Ke-243

Episod kelima drama bersiri PETRONAS, 366, mempersembahkan kisah sebuah pasukan bola sepak remaja yang mengimpikan juara dalam perlawanan Pesta Bola Malaysia, tetapi dibatasi oleh ketakutan dan kepercayaan yang rendah terhadap potensi diri dan pasukan.

‘Hari Ke-243 juga memaparkan bagaimana watak berbeza daripada pelbagai latar belakang dan generasi bersatu padu untuk mengatasi cabaran – sama ada dari luar atau dari dalam diri mereka sendiri serta meraikan perpaduan dan semangat daya cipta
yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

8. TM – Ibu

Tahun ini TM kembali dengan sebuah lagi iklan merdeka, IBU, kisah seorang tokoh kemerdekaan, Ibu Zain yang diceritakan oleh anak perempuannya sebagai seorang wira yang memperjuangkan kemerdekaan dan percaya dengan adanya perpaduan kita akan maju ke hadapan.

Membawakan konsep wayang kulit 360°, TM percaya walau secanggih mana pun teknologi kita, budaya dan sejarah tetap perlu terpelihara untuk generasi seterusnya.

9. Beras Era – Nasi Lemak Sebuah Kenangan

Selain budaya, makanan juga merupakan elemen yang menyatukan rakyat Malaysia. Ibarat nasi lemak yang melambangkan pelbagai kaum di Malaysia, walaupun berbeza bangsa dan agama, keharmonian disatukan melalui satu sajian yang penuh bermakna.

10. Air Selangor – Celoteh Merdeka

65 tahun sudah berlalu, namun generasi baru kita turut menghayati semangat kemerdekaan di dalam jiwa mereka. Tonton anak-anak kecil kita bercerita dengan imaginasi mereka tersendiri mengenai perjuangan kemerdekaan negara tercinta oleh Tunku Abdul Rahman bersama rakan-rakan seperjuangannya.

11. CIMB – Moving Forward With You

Apabila kita menghadapi cabaran dalam hidup, apa yang paling penting ialah jangan berputus asa dan teruskan mendorong diri kita ke hadapan. CIMB juga percaya setiap langkah ke hadapan adalah lebih mudah untuk dilakukan apabila kita sentiasa bersama.

12. Ecoworld – #AnakAnakMalaysia 2022

Tahun ini, Ecoworld membawakan kempen #AnakAnakMalaysia dengan menampilkan #GENERASiSENSASi yang berjaya membuat perubahan dalam industri tempatan dengan kepakaran mereka yang tersendiri.

Selamat Hari Merdeka ke-65 dari OHBULAN!

SKIP THIS AD ×