berita

‘Mendesak Sungguh-Sungguh Suruh Kahwin’ – Shiha Zikir Minta Jangan ‘Normalise’ Pertanyaan Jodoh

April 19th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Penyanyi Shiha Zikir terkilan dengan sikap segelintir orang yang membiasakan pertanyaan tentang jodoh seseorang tanpa memikirkan perasaan individu itu.

Artikel berkaitan: ‘Jika Ada Yang Bertanya Bila Akan Disatukan, Saya Akan Jawab Tidak Tahu Sahaja’ – Shiha Zikir

Artikel berkaitan: Demi ‘Kalam’ Shiha Zikir Sanggup Keluar Modal RM300k, Niat Untuk Terbangkan 200 Drone Tak Kesampaian

Mendesak suruh kahwin

Menerusi perkongsian di TikTok, Shiha memberitahu pertanyaan itu seperti mendesak seseorang untuk melakukan sesuatu di luar kawalan mereka.

Saya nak korang jangan normalise kan soalan-soalan yang macam ‘bila nak kahwin’, bila dah berkahwin ‘bila nak ada anak’. Bila dah ada anak ‘bila nak tambah anak’.

Faham kadang-kadang pertanyaan itu untuk bermesra, tapi kalau sampai dah mendesak sungguh-sungguh suruh kahwin boleh tak jangan normalise kan benda ni?

Sebab mungkin orang yang bertanya ni dorang tak pernah lalui atau rasa. Mungkin Allah dah aturkan kehidupan dia dah berkahwin, ada anak dah sempurna. Jadi bila dia nampak orang lain umur sebaya atau tua daripada dia, dia persoalkan.

Menurut Shiha, dia akui berkecil hati apabila sering diajukan soalan tentang jodohnya yang belum kunjung tiba.

Kadang-kadang korang tak tahu apa benda yang seseorang tu sedang hadapi. Mungkin dah usaha sehabis baik tapi ada saja benda yang menghalang.

Macam saya sendiri, saya sangat terasa soal timing. The right time. Kan jodoh, ajal dan maut itu di tangan Allah bukannya orang tu tak usaha.

Mungkin korang suka tanya soalan-soalan macam ni sampai ada yang kena panic attack, ada yang anxiety. Ke sebab korang tak pernah kena? Kalau boleh saya tak nak orang lain kena sebab korang akan rasa sakitnya perasaan tu.

Kalau sekali dua yang bertanya saya okay lagi tau. Kalau bertanya baik dan mendoakan tidak mengapa. Tapi zaman sekarang ni ramai yang mendesak sampai orang yang bertanya tu jadi moody ‘kenapa tak kahwin lagi ni?’

Saya harap jangan normalise kan benda ni. Allah dah tetapkan waktu yang sangat tepat.

‘Jangan pelik kalau ada kawan yang menjauh’

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO ini turut menegaskan setiap orang mempunyai tahap mental yang berbeza untuk menerima sesuatu perkara.

Jangan rasa pelik kalau ada kawan-kawan yang mula menjauh, tak mahu berjumpa. Please check, kenapa kawan-kawan tak mahu berjumpa. Mungkin dia nak elak soalan-soalan yang macam ni.

Tahap mental seseorang tak sama jadi jalan terbaik adalah saya doakan yang baik-baik untuk semua orang.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×