berita

Mendiang Leftenan T Sivasutan Tak Sempat Rasa Kehidupan ‘Sebenar’ Rumah Tangga

April 24th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, semalam, Leftenan T Sivasutan dilaporkan baru sahaja melangsungkan perkahwinan hampir tiga bulan lalu.

Artikel Berkaitan: [KEMAS KINI] Dua Helikopter Bertembung & Terhempas Di TLDM Lumut, 10 Mangsa Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas, Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

Baru kahwin

Menerusi laporan Harian Metro, Sivasutan yang bertugas sebagai juruterbang di unit Skuadron 502 melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang juga seorang doktor gigi pada 25 Januari lalu.

Pasangan itu juga sebelum ini tinggal berasingan dan mereka baru saja dapat merasai kehidupan ‘sebenar’ rumah tangga selepas isteri mendiang yang sebelum ini bertugas di Pulau Pinang dapat berpindah ke Teluk Intan.

Menurut sepupu Sivasutan iaitu M Sivanesan, mereka sekeluarga masih sukar menerima berita menyedihkan itu terutama ibu bapa mendiang, M Thanjappan, 60-an, dan R Parameswary, 60-an, adik-beradik dan isterinya.

Abang sepupu baru saja berkahwin dan sebelum ini dia dan isteri tinggal berasingan kerana isteri abang bertugas di Pulau Pinang sementara abang di Lumut. Kakak ipar (isteri mendiang) selalu pulang ke Sitiawan setiap hujung minggu.

Bagaimanapun kakak baru dapat bertukar di Teluk Intan dan semalam dia melapor diri. Namun hari ini kami terima berita menyedihkan ini.

Tambah Siva, abang sepupunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan mereka sekeluarga bersembang seperti biasa minggu lalu.

Walaupun hanya sepupu tetapi saya rapat dengan abang dan sebelum ini mendiang abang juga pernah berpesan supaya tengok-tengokkan keluarganya. Abang anak kedua dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.

Abang seorang yang sangat baik, dia tidak pernah tinggikan suara apabila bercakap. Abang minat bidang ketenteraan dan memang mahu menjadi anggota TLDM.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×