berita

Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Terkorban Nahas Helikopter Terhempas

April 23rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Eyra Hazali.

Salah seorang mangsa yang nahas membabitkan dua helikopter yang terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarga kepada pelakon, Eyra Hazali.

Artikel Berkaitan: [KEMAS KINI] Dua Helikopter Bertembung & Terhempas Di TLDM Lumut, 10 Mangsa Meninggal Dunia

Sepupu suami Eyra Hazali

Eyra Hazali

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya.

Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa merupakan sepupu suami saya, LT Kdr Wan Rezauden Kamal bin Wan Zainal Abidin.

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.

Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.

Seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.

Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×