berita

Mangsa Nahas Helikopter Kdr Muhammad Firdaus Ramli Sempat Hubungi Ibu & Ayah Untuk Tanya Khabar

April 24th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, semalam, sempat menghubungi ibu dan ayahnya bagi bertanya khabar sebelum beberapa jam kejadian tersebut berlaku.

Artikel Berkaitan: [KEMAS KINI] Dua Helikopter Bertembung & Terhempas Di TLDM Lumut, 10 Mangsa Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas, Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

Sudah jadi rutin

Sudah menjadi rutin setiap hari mesti abang akan telefon ibu dan ayah sebelum dia memulakan tugas dan tak sangka panggilan pagi tadi merupakan panggilan terakhirnya.

Memetik laporan Harian Metro, adik kepada Kdr Muhammad Firdaus Ramli iaitu Alia berkata, dia dan keluarganya tahu mengenai nahas itu menerusi media sosial.

Kami tahu nahas itu menerusi media sosial sebelum terima panggilan daripada kakak ipar yang berada di kem di Sabah antara jam 9.30 hingga 10 pagi memaklumkan abang antara mangsa terkorban.

Sebaik menerima maklumat itu, ibu, ayah serta beberapa ahli keluarga bergegas ke Pangkalan TLDM di Lumut bagi pengecaman mayat dan proses lain.

Berkongsi lebih lanjut, Alia memberitahu, setakat ini mereka tidak tahu lokasi jenazah akan disemadikan kerana keputusan itu akan dibuat ibu bapanya di Lumut.

Tambahnya, kejadian menimpa abang sulungnya daripada tujuh beradik itu memberi kesan kepada keluarga terutama ibu bapanya.

Abang seorang yang tegas dan tidak suka menyusahkan adik beradik. Kali terakhir kami sekeluarga bertemu ialah pada minggu pertama Syawal di Pangkalan Lumut namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan. Diharap semua dapat tunggu maklumat lanjut daripada pihak berwajib serta beri ruang kepada kami pada masa ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×