Keterujaan seorang lelaki melakukan aktiviti mendaki Bukit Kledang, Ipoh bertukar tragedi apabila dia secara tiba-tiba telah pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.
Mengadu penat
Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo, mangsa yang dikenali dengan nama Chai Cheong Loon disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebaik sahaja turun dari bukit berkenaan.
Mangsa dipercayai naik ke atas bukit yang berketinggian 500 meter itu untuk melakukan aktiviti rentas hutan.
Difahamkan, mangsa ada mengadu penat sebelum dia jatuh pengsan. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Omar Mahmud berkata, menerima panggilan daripada orang awam berhubung dengan kejadian sekitar jam 9:30 pagi.
Mangsa disahkan meninggal dunia
Sehubungan dengan itu, pihak mereka bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di sana, mereka mendapati mangsa yang berusia 48 tahun itu sudah tidak sedarkan diri.
Tiba di tempat kejadian, anggota mendapati mangsa, Chai Cheong Loon dalam keadaan tidak sedarkan diri di kaki bukit berkenaan.
Selepas pemeriksaan dibuat, mangsa masih tidak sedarkan diri sebelum anggota bertindak menghubungi pihak perubatan untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.
Sumber: Kosmo, Utusan Malaysia