berita

Mengadu Sakit Bahagian ‘Belakang’, Bapa Dipercayai Liwat Anak Kandung Berusia 4 Tahun

April 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan polis selepas didakwa meliwat anak perempuannya yang berusia empat tahun. Insiden tersebut dipercayai berlaku semalam di sebuah rumah di Arau, Perlis.

Liwat anak berusia 4 tahun

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, penahanan terhadap suspek dilakukan selepas pihak polis menerima satu laporan daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan rumah suspek. Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, nenek mangsa (ibu mertua suspek) hanya menyedari mengenai insiden itu selepas cucunya (mangsa) mengadu sakit pada bahagian ‘belakang’.

Bukan itu sahaja, nenek mangsa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas melihat perubahan sikap mangsa yang semakin muram dan pendiam.

Terdahulu, nenek mangsa yang melihat cucunya sedang bermain di halaman rumah memanggil mangsa untuk ke kediamannya selepas melihat keadaan cucunya itu yang muram serta serba tidak kena. Mangsa kemudian mengadu kepada neneknya bahawa dia berasa sakit di bahagian ‘belakang’.

Mangsa jadi pendiam

Sekadar gambar hiasan

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia berdua bersama bapanya di rumah. Selepas mengetahui perkara itu, nenek mangsa tampil membuat laporan di balai polis. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan.

Sebelum ini, nenek mangsa sudah pun curiga dan mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa sejak Julai tahun lalu kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam selain enggan bercakap.

Difahamkan, mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Kakak dan abangnya masing-masing berusia 10 dan enam tahun. Hasil siasatan awal mendapati, meskipun suspek dan ibu mertuanya (nenek mangsa) tinggal bersebelahan rumah tetapi mereka tidak bertegur sapa disebabkan sikap suspek yang dikatakan panas baran serta malas bekerja.

SKIP THIS AD ×