berita

Mengadu Sesak Nafas, M Daud Kilau Kritikal Di Hospital Akibat Paru-Paru Berair

September 8th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, dilaporkan sedang berada di Hospital Teluk Intan (HTI), selepas mengadu sesak nafas tengah malam tadi.

Paru-paru berair

Menerusi laporan Harian Metro, anak M Daud Kilau iaitu Ahmad Zaini berkata bapanya dibawa ke HTI pada 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya dalam keadaan kritikal dan mempunyai masalah paru-paru berair. Tambah Zaini, bapanya kini dalam pemantauan doktor dan memerlukan bantuan pernafasan.

Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Dato (Md Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi. Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan) dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti. Ayah masih memerlukan bantuan pernafasan dan dalam keadaan separuh sedar tapi masih kritikal.

Sebelum ini, M Daud Kilau pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×