berita

‘Mengajak Orang Bermaksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Sama Macam Suami Awak’ – Fathia Latiff

March 15th, 2024 | by Alia
Kini Trending

fathia zahirah

Pelakon, Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memetik nama pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Faham Perasaan Isteri Yang Lalui Fasa Keruntuhan Rumah Tangga’ – Zahirah Macwilson

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Nak Komen, Memang Sudah Lama’ – Zahirah MacWilson Jawab Isu Fathia Latiff

Komen Fathia

fathia zahirah

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff dilihat membalas kenyataan Zahirah berhubung isu keretakan rumah tangga yang disebabkan orang ketiga.

Fathia dengan berani mendakwa bahawa Aiman sebelum ini pernah melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Perbuatan mengajak orang bermaksiat sebelum kahwin pun berdosa sis, sama macam suami awak.

Sebelum itu, Zahirah meluahkan pendapat bahawa setiap individu terutama wanita sepatutnya tidak menormalisasikan budaya merosakkan rumah tangga orang lain.

Difahamkan ia susulan kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies yang telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman memilih untuk tidak memberi sebarang respon terhadap provokasi atau kenyataan yang dikeluarkan Fathia.

Fathia sebelum itu melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah kemudian mendakwa Aiman masih menyimpan perasaan terhadapnya selepas mereka berpisah dahulu.

Sumber: IG Fathia Latiff

SKIP THIS AD ×