berita

‘Saya Faham Perasaan Isteri Yang Lalui Fasa Keruntuhan Rumah Tangga’ – Zahirah Macwilson

March 14th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Zahirah Macwilson berpendapat setiap individu tidak sepatutnya menormalisasikan budaya merosakkan rumah tangga orang lain.

Artikel Berkaitan: Ika Nabella Puji Cara Bella Astillah Kekal Profesional, Hairan Tindakan Ruhainies ‘Sondol’ Suami Kawan Baik Sendiri?

‘Perlu menghormati wanita lain’

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson berkata setiap kaum hawa seharusnya menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.

Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga. Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi kelakuan tidak sopan tersebut (rosakkan rumah tangga).

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza berkata perbuatan memecah belahkan keluarga orang lain lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak adalah satu perbuatan tidak bermoral.

Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral.

Terdahulu, industri hiburan tanah air kecoh dengan kisah pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun.

Zahirah juga kini sedang hamil cahaya mata kedua dan usia kandungannya sudah mencecah 6 bulan.

Sumber: Zahirah Macwilson

SKIP THIS AD ×