berita

[VIDEO] ‘Kalau Saya Nak Komen, Memang Sudah Lama’ – Zahirah MacWilson Jawab Isu Fathia Latiff

March 6th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Zahirah MacWilson bersuara mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan suami, Aiman Hakim Ridza apabila aktres panas, Fathia Latiff memetik nama mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Samakan Wajah Zahirah Macwilson Macam Amah, Fathia Latiff Tak Takut Disaman – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Lawa’

Artikel Berkaitan: Pihak Pengurusan Maklum Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Dalam Keadaan Baik, Isu Fathia Latiff Tak Kacau Emosi & Kerja

Kalau nak komen…

@ohbulanofficial Pelakon Zahirah MacWilson bersuara mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan suami, Aiman Hakim Ridza apabila Fathia Latiff memetik nama mereka ? #ohbulan #sembangentertainment #zahirahmacwilson #aimanhakimridza #fathialatiff ? original sound – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Zahirah, 29, memilih untuk enggan mengulas lanjut. Kata Zahirah, sekiranya dia ingin bersuara, sudah lama dia bertindak mengeluarkan kenyataan.

Saya rasa awak sudah nampak selama ini macam mana. Kalau saya nak komen, memang sudah lama saya akan komen.

Sementara itu, Aiman atau nama sebenarnya, Aiman Hakim Ridza Abdoh memilih untuk berdiam diri apabila ditanya media mengenai kontroversi yang ditimbulkan oleh bekas teman wanitanya.

Zahirah dan Aiman ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu.

Pakai sejak kecil lagi

koleksi raya Clarks With Zahirah

Dalam pada itu, bercakap mengenai koleksi raya, pemilik nama Nur Zahirah MacWilson binti Zainol Johari MacWilson berkata dia diperkenalkan dengan jenama tersebut sejak kecil lagi.

Alhamdulillah.. Rezeki kami untuk bersama dengan Clarks bagi edisi raya tahun ini. Ini kali kedua kami satu keluarga bekerja bersama untuk kempen. Sebelum ini, dengan satu jenama lain.

Clarks adalah satu jenama yang bagus, semua orang mengenali jenama ini. Saya sendiri pernah pakai Clarks waktu kecil dulu, jadi jenama ini memang membesar dengan saya.

Saya bangga bila tengok wajah Isaac Raees (anak lelaki) ada di kedai-kedai Clarks. Isaac pula alhamdulillah okay (masa shooting) sebab dia selalu ikut saya pergi bekerja. Jadi dia dah tahu macam mana proses photoshoot. Sangat mudah bekerja dengan Isaac.

Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi demi kontroversi, bermula dengan melabel Zahirah sebagai wanita berwajah bibik, sehinggalah mendakwa Aiman yang juga bekas kekasih masih mempunyai perasaan terhadap dirinya.

SKIP THIS AD ×