berita

Mengaku Bapa Saudara, Lelaki Kantoi ‘Check In’ Hotel Dengan Budak 10 Tahun

September 14th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Aktiviti sumbang mahram seorang lelaki bersama kanak-kanak berusia 10 tahun terbongkar apabila berkelakuan mencurigakan ketika mendaftar masuk hotel. Serbuan dibuat pihak polis selepas menerima panggilan daripada pekerja hotel di situ.

Ketika pintu dibuka, polis mendapati kanak-kanak tersebut dalam keadaan bertuala sahaja.

Mangsa dalam keadaan bertuala

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.15 itu dimaklumkan sendiri oleh pekerja hotel selepas mengesyaki gerak geri mencurigakan lelaki tersebut. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata selepas menerima panggilan, pihaknya terus bergegas ke sana.

Sebaik tiba, polis mengetuk pintu bilik dan selepas kira-kira lima minit, pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan hanya memakai tuala.

Selepas membuat pemeriksaan, mendapati lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu berusia 48 tahun dan kanak-kanak terbabit dalam lingkungan usia 10 tahun.

Mengaku sebagai bapa saudara

Ketika pemeriksaan lanjut dijalankan, lelaki tersebut mengaku kanak-kanak perempuan tersebut adalah anak saudaranya. Dan ini adalah kali kedua berlaku terhadap kanak-kanak tersebut.

Mangsa memberitahu bahawa suspek kerap membawanya keluar dan pada hari kejadian, mangsa mendapat kebenaran ibu bapanya untuk mengikut lelaki terbabit yang dikatakan bapa saudaranya.

Suspek juga memberitahu bahawa dia adalah bapa saudara kepada kanak-kanak berkenaan dan katanya, dia mendapat kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak itu untuk membawanya keluar.

Polis kemudian membawa suspek dan mangsa ke Balai Polis TUTA untuk siasatan selanjutnya.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×