berita

[VIDEO] Bolehkah Gugurkan Anak Sumbang Mahram? Ini Penjelasannya

April 20th, 2024 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Topik tentang anak hasil daripada perhubungan sumbang mahram telah mendapat perhatian selepas ramai yang menonton drama Lelaki Itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sayang Macam Mana Dengan Anak Kita Nanti?’ – Klimaks Drama ‘Lelaki Itu’ Buat Emosi Netizen Tak Stabil

Artikel Berkaitan: Misteri Penemuan 4 Rangka Bayi Didakwa Hasil Hubungan Sumbang Mahram Bertahun-Tahun Bapa & Anak

Penjelasan tentang anak sumbang mahram

kamilin

Penceramah bebas, Dr Kamilin Jamilin menerusi video yang dimuat naik di TikTok menjelaskan tentang hukum sama ada kandungan tersebut boleh atau tidak digugurkan.

Majoriti ulamak kata, kalaulah kandungan itu belum cecah empat bulan atau 120 hari harus digugurkan kalau ada asbab yang munasabah dan tak memudaratkan ibu.

Tapi kalau sudah empat bulan atau lebih, haram untuk digugurkan sebab janin itu telah dikira bernyawa.

Melainkan kalau asbab yang betul-betul terdesak, contohnya sampai boleh membahayakan atau memudaratkan nyawa si ibu.

Namun menurut Dr Kamilin, jika anak tersebut dilahirkan, kanak-kanak itu tidak boleh dinasab.

Tapi ingat anak hasil daripada sumbang mahram tidak dinasab atau dibin atau dibinti kepada si ayah yang menyebabkan kelahirannya.

Bagaimanapun, lain pula bagi situasi yang terjadi seperti di dalam drama tersebut, di mana anak berkenaan boleh dinasab tetapi ibu dan bapanya perlu berpisah.

Cuma dalam kes terkahwin dengan mahram secara tak sengaja, anak yang lahir tidaklah dianggap anak tak sah taraf tapi dalam kategori anak hasil daripada persetubuhan yang diragui atau persetubuhan syubahah.

Tak sama macam anak zina atau anak tak sah taraf, sebab anak itu masih boleh dibin atau dibintikan kepada ayahnya. Sama macam anak sah taraf, cuma perkahwinan ibu dan ayah kena dibubarkan kerana pernikahan mereka tidak sah.

Dalam pada itu, Dr Kamilin sempat menitipkan nasihat agar setiap individu tidak terjebak dengan perbuatan maksiat dan membunuh anak yang tidak berdosa.

Sumbang mahram sendiri adalah jenayah yang sangat berat, jangan pula tambah jenayah yang lagi berat dosanya iaitu membunuh nyawa dalam kandungan yang tidak bersalah.

@drkamilinjamilin

SUMBANG MAHRAM, Boleh Ke Gugurkan Anak Dalam Kandungan? #LelakiItu #TV3Malaysia #IsuSemasa

? original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Sumber: TikTok Dr Kamilin Jamilin

SKIP THIS AD ×