berita

Mengaku Bersalah Cederakan Penghantar Makanan, Abang Blazer Merah Didenda RM2,000

January 10th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang kerani lelaki yang digelar ‘Abang blazer merah’ dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas video dirinya mencederakan seorang penghantar barang di Menara IQ pada 2 November lalu tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Abang Blazer Merah Buat Permohonan Maaf, Nafi Tak Suka Orang Sabah – ‘Saya Sayang Semua Orang..’

Mengaku bersalah

Memetik laporan Berita Harian, hukuman denda itu dijatuhkan oleh Majistret, Illi Marisqa Khalizan ke atas orang kena saman (OKS) iaitu Muhammad Nazrul Hairie Harmi selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap Muhammad Samier Ibruhem dengan menggunakan kaki dan tangan.

Nazrul didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Suspek yang berusia 28 tahun itu memilih untuk membayar denda selepas mahkamah memerintahkannya dipenjara empat bulan sekiranya gagal untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Zuhairi Osman selaku Timbalan Pendakwa Raya memohon pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal buat suspek sebagai tanda pengajaran manakan peguam yang mewakilinya memohon agar denda minimun diberikan kepada anak guamnya itu atas alasan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain penanggung utama keluarga.

Terdahulu, tularnya video memaparkan Nazrul yang menyerang dan melakukan kekerasan ke atas seorang penghantar makanan di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange.

Menerusi video tersebut, Nazrul dipercayai bertindak sedemikian dengan alasan penghantar makanan tersebut mempunyai loghat yang kedengaran sedikit berbeza dari bahasa Melayu.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×