berita

Tak Dibenarkan Masuk Dalam Bangunan, Pengawal Keselamatan Bergaduh Dengan Abang ‘Rider’

November 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

rider bergaduh

Tular sejak semalam di platform X, sebuah rakaman video yang memaparkan pergaduhan di antara pengawal keselamatan dan penghantar makanan.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Ingkar Arahan Parking, Lelaki ‘Dibelasah’ Teruk 6 Pengawal Keselamatan Bangladesh

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Makan Apa Je RM5?’ – Lelaki Sebak Jumpa Guard Bungkus Nasi Kosong & Kuah Untuk Makan Malam

Polis buka kertas siasatan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan di sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan punca pergelutan adalah kerana pengawal keselamatan menghalang penghantar makanan tersebut daripada memasuki bangunan berkenaan.

Penghantar makanan itu didakwa memarahi pengawal keselamatan tersebut yang menyebabkan dia bertindak memanggil rakan sekerjanya untuk mendapatkan bantuan.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan penghantar makanan itu tertiarap di atas lantai ketika bergaduh dengan seorang individu yang memakai jaket merah.

Dalam masa yang sama, seorang wanita dipercayai pelanggan yang menggunakan servis penghantaran makanan itu merayu agar pergaduhan tersebut dihentikan selain risau jika berlaku sebarang kecederaan fizikal.

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Polis sudah mengenal pasti saksi kejadian dan memanggil mereka untuk diambil keterangan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Platfrom X

SKIP THIS AD ×