

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Prince Syed Shahid menyorot perhatian apabila menginfaq sepasang telekung yang berharga RM12,000 buat pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bertatahkan Batu Swarovski, Prince Syed Perhabis RM890k Buat Baju Raya Isteri
Telekung berharga RM12,000
@prince.syed.shahidKami infaq TELEKUNG RM 12K kepada ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah , Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovskiii ini kami dah serahkan kepada ustazah ? telekung ini pernah VIRAL sehingga luar negara kerana kemewahan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna? News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music
Menerusi perkongsian di TikTok, Prince Syed memuat naik video dirinya dan isteri, Fatin Syazwani yang menyerahkan sendiri telekung berona putih itu kepada Ustazah Asma.
Perjelasnya, telekung yang bertatahkan batu permata Swarovski itu diberikan kepada Perkampungan Hijrah yang merupakan pusat pengajian ilmu milik Ustazah Asma.
Kami infaq telekung berharga RM12,000 kepada Ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah.
Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovski ini kami dah serahkan kepada ustazah.
Telekung ini pernah tular sehingga ke luar negara kerana kemewahan dan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna.
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan Prince Syed dan isteri.
Mereka mendoakan agar pasangan suami isteri itu sentiasa dimewahkan dengan rezeki yang melimpah ruah.
Komen netizen


Sumber: TikTok Prince Syed






