Foto: Tribun News
Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah ungkapan yang sesuai digunakan bagi mengambarkan tindakan seorang pemandu dikenali sebagai Saepul berusia 57 tahun, yang sanggup membunuh seorang janda di Kota Bogor, Indonesia. Selain membunuh seorang wanita, suspek juga turut didakwa memukul anak mangsa dengan kejam.
Ada hubungan istimewa dengan suspek
Foto: Tribun News
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, suspek dan mangsa dilaporkan mempunyai hubungan istimewa dan lelaki itu bertindak sedemikian rupa berikutan rasa cemburu yang mendalam. Difahamkan, suspek sebelum ini telah merancang untuk membunuh mangsa yang dikenali sebagai NH.
Suspek berasa sakit hati, dia akhirnya ambil tindakan untuk bunuh selepas rancang untuk bunuh sejak Hari Raya Aidil Adha yang lalu.
Ujar Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Bogor, Kompol Dhoni Erwanto, suspek juga dipercayai sempat ‘mencuri’ dua telefon bimbit milik mangsa dan menjelaskan hasil jualan telefon itu akan digunakan bagi melarikan diri ke tempat lain.
Berbicara lebih lanjut, ketika kejadian anak mangsa sempat menjerit selepas melihat tindakan suspek yang mahu membunuh ibunya. Namun, gadis yang berusia 20 tahun itu, turut menjadi mangsa dan dipukul oleh suspek.
Dipukul dengan tongkat
Foto: Tribun News
Difahamkan, mangsa meninggal dunia setelah dipukul menggunakan tongkat dan bongkah kayu yang besar di tempat tinggal mangsa. Menerusi siasatan awal, mangsa dipercayai sedang tidur ketika suspek datang ke rumahnya sebelum dia sempat bangun dan menjerit bagi meminta bantuan.
Tidak berakhir di situ, suspek juga sempat melarikan diri ke hutan sebelum berjaya ditangkap oleh pihak polis. Jika sabit kesalahan, suspek boleh kenakan hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: Tribun News